7/31/12

ramadhan 11

As- salam..selamat pagi...kemarin berbuka puasa dirumah tok caq ..tapi papa sampai lambat la plak...dah berbuka baru dia sampai....oo papa pergi beli makanan untuk sahur sekali tat y la lambat...ok ok
kemarin menu berbuka..nasi tomato+gulai udang+kuih...
 lepas berbuka balik siap2 nak p tengok member  admit dekat spital..food poisoning katanya..
hari ni  dah boleh discharge kot..nampak macam dah okey...
ALhamdulillah..
bulan2 posa ni besa la ada penjual masak cincai2 ja tak fikir orang dah..kira nak kaut keuntungan ja..

okeeeeeeeyyyyy nak sambong buat keja sambil nganga..muahahahaha

7/30/12

susah & payah beli baju raya

zaman semakin berubah...baru aku dapat rasakan mcam mna susahnya mak bapak  nak membesarkan kita kan...anak ramai bila mai time raya hodooiiiii haruslah pening kepala..nak membeli kelengkapan   untuk anak2...itu baru kelengkapan anak..kuih raya,nak masak itu ini mesti pening kepala dok memikirkan $$
..lain la memang dah kaya tak pening kot nak fikirkan $$$...kita time tu tak ingat apa kot..seronok jaaaa...

dulu ingat lagi aku dan adik beradik yang lain..baju semua patern sma..kain yang sma...macam kembaq la plak...tapi aku dan adik beradik memang tak kisah..asalkan baju baru...besa la aku pon bukan dibesarkan dri golongan yang senang...cuma dari golongan sederhana..

and now baru aku teringat  owhh susahnya mak bapk kita time tu kan...walaupon tak mampu nak membeli  baju raya 3,4 pasang untuk anak...tapi hanya sepasang baju raya dah cukop untuk mengembirakan hati anak2 untuk menyambut syawal...

sekarang anak kita kalu nak menyambut syawal..sorang 5,6 pasang..dari atas kepala sampai ke kaki..semuanya baru..sampai baju tidoq raya pon beli baru..tak dak kena mengena kot...
untuk anak2 zaman sekarang x pyah nak merungut sangat yer ..tempeleng kepala  hampa kot...

ramadhan 10

kemarin balik keja lambat...kelam kabut p beli juadah puasa..besa la month end mmg bizi maut punya...
kemarin kampeni bagi kfc...kalu kfc ofkos la dapat dekat qis...kemarin hari kelam kabut..
sebab month end semua orang akan balik lambat ...tapi kemarin aku cau awai juga..pukol 6.30 keluaq opis...huhuuuuu..kalu tak jangan harap la nak balik 6.30 time month end ni..tapi aku belah juga..lantak la...
tak boleh stay lama2 ..risau nanti buka posa qis kacau tok dia..
kesian depa dah la penat seharian dok jaga bebudak yang ramai..time nak makan pon bebudak dok kcau..boleh angin kot...
so aku sebagai mama yang prihatin cewahhhhhhh perasan!! kena balik rumah awai2...

lepas buka posa dekat rumah tok qis..terus balik rumah..pastu papa tanya bila morey kita??
then p umah jiran tanya morey..ooo kami kena morey puasa ke 14 ni..ok ok ok..sesambil dok sembang dengan anak mak cik sebelah rumah..dia kasi rasa kuih raya..wowww biskut matahari sedapppp la...siyes sedapp..ekceli mak cik sebelah rumah dok buat kuih juai..

ok nak sambong buat keja yang terbengkalai kemarin..

7/29/12

ramadhan 7,8,9

balik kampong lagi...hahahaha..jumaat amek kakak aku dekat jeti..aduhai jammed teruk..kuaq opis pukol 5.30
sampai jeti pukol 8.00..terukk tu..kesian buka posa dlam keta..naseb baik my click kasi buah kurma n cucuq peneram..so berbuka yang tu dulu la..

lepas amek akak terus balik rumah n amek qis dkat rumah tok caq untuk berbuka posa..time tu dlam pukol 9..huhuhuhuhu sangart cool kan..

pagi sabtu kami balik kampong..singgah rumah akak aku dekat sp dulu..huh...lalang membiak dengan suburnya..ekceli rumah tu tak dak sapa duduk..sesapa dok cari rumah sewa area lembah merbok gtau la yer..then pergi tesco beli udang ,ayam ,sayur nak masak untuk berbuka..

lepas sopin barang dapur  terus balik kampong...

ahad hantaq akak aku balik..tapi hantaq naik bus dekat jeti ja..tunggu punya la lama..macam2 ragam manusia aku tengok..lalalalalalaalalala..

7/26/12

kurang bercakap

sejak ramadhan tiba secara otomatik aku tetiba jadi pendiam..entah la rasa macam x dak benda nak cakap..sampai opismate aku perasan..depa tanya kenapa aku diam...bukan aku sengaja nak mendiamkan diri..aku hanya cakap benda2 yang penting..nak kata gelak teruk2 mmg dah hilang even depa dok buat lawak mmg gila2..aku just buat dono ja..
kenapa ek..opismate aku sampai cakap..khai kalu u diam..kami tak boleh buat kerja la...tak best kerja..ehh buleh camtu...
ye la kan..sbb sebelum ni aku mmg pot pet tak henti2...aleh2 diam seribu bahasa...
hurrmm mungkin puasa kot..ecehhhh

Setiap orang yang mengerjakan ibadah puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara yang terpenting adalah:

1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya;

2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;

3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.

4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Rasulullah s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga. (Riwayat an-Nasaei)

Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam sama ada mereka sedang berpuasa atau tidak. Apatah lagi bagi yang berpuasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasulullah, Puasa itu adalah ‘perisai', sekiranya seseorang daripada kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakan kepada orang itu: “Saya sedang berpuasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim);

5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai;

6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain.

Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakanannya sehingga terserlah kesan puasa itu kepada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas untuk taat kepada Allah s.w.t..

Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut: “Sekiranya perutmu kenyang anggota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu) tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang.”

7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan, bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin. Justeru, dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tanggungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhirat;

8. Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.

Nabi s.a.w. berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib. Sabda baginda: Umatku sentiasa berada dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur. (Riwayat Bukhari dan Muslim);

9. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda baginda s.a.w.: Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa). (Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah)

10. Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya.

Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat terawihnya seperti mana amalan kebiasaan di masjid dan surau.

Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadat solat tersebut kerana meninggalkan ‘wajib-wajib' solat seperti meninggalkan tomakninah semasa rukuk dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya lantaran ingin kecepatan dalam mengejar waktu sehingga menyebabkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya. Amalan terawih seperti itu adalah tidak sempurna dan berkurangan pahalanya.

Oleh itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan kiam, bacaan al-Fatihah, rukuk, sujud, khusyuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya.


REzeki pagi JUMAat

mai keja tadi..jalan smooth je..seronok..i hate jammed!!..sbb my TENGGILIN BIRU  the gear is manual...boleh jadi pakinson weh!!
hari ni sampai opis awal sikit..so jalan lemah gemalai..sambil jalan hoi sana hoi sini..  then ada uncle india keja sekali dengan aku..kasi buah  kurma fresh..ekceli aku mmg dh nampk dia tengah dok buka plastik..so aku buat dono je ...owhh rupanya nak kasi buah kurma fresh...
dia cakap nah buah kurma untuk berbuka puasa..aku tgk owh buah kurma fresh..its my fevret...terima kasih terima kasih..
sedap tau buah kurma fresh rasa dia kelat2 manis..uuummmpphhh sedap..:-)

time nak duduk x sempat nak on pc..opismate aku india juga kasi cucuq peneram+buah rambutan...
nah untuk buka puasa...
owhhh terima kasih....rezki dipagi jumaat

ramadhan 6

AS salam..selamat pagi jumaat yang indah dan penuh barakah ni...
kemarin buka puasa dengan qistina dekat umah sendiri,,balik keja fetch qis then trus pergi bzar ramadhan..menu semalam..nasi tomato+putu mayong+satey+ayaq anggur+kurma
beriya je kan semalam aku cakap balik nak masak megi..hahahaha...

 tis wiken nak balik kampong lagi akak aku ajak. :-)...so tak jadi nak masak..sebb nak kemas rumah seksiap..baru balik kampong dengan senang lenang...
ikotkan hati mmg mlas dah nak balik..sbb plan minggu ni nak berbuka  dengan FIL aku plak..tapi kesian la plak dekat akak aku..kebetulan dia ada kursus dekat lumut selama 6 bulan..bukan senang dia nak sambut puasa dengan family..sbb dia duduk jauh ma..
ok lah kakak punya pasal...

minggu depan ada lagi kan...

7/25/12

megi vits

dah 6 hri kita berpuasa..hri2  fikir nak makan apa..banyak makanan dekat bazar ,tapi nak memilih punya la lama..tak tau nak makan apa...hahahaha
petang ni plan malaih nak makan nasi.. balik masak megi vits..hak hak hak..hang save duit ker??

ekceli dh boring makan nasi..
tumis bawang dengan cabai..masok sayoq sikit..pecah teloq sebijik...
hurrmmm terlioq sudah..

ok satg petang dapurku berasap..padahal masak megi ja..(>_<)

ramadhan 5

kemarin still berbuka dekat rumah tok qis..papa keja malam...kemarin beli juadah tak banyak pon..balik keja terus pegi beli..
beli nasi tomato,kuih,bihun sup untuk qis n air laici..tak yah beli banyak2 sangat okey..kang nak solat termengah-mengah..kalu ada papa beli banyak sikit...hehehehe...
teringin nak p sembahyang terawih tapi susah la memandangkan si qis ni yang aktif..bukan alasan tapi kita mesti tau kan anak kita camna..
nanti kalu dia buat bising terus tak khusyuk semua jemaah nak datang sembahyang terawih...

besa la budak2 sembahyang camna??.mula2 tu mmg la ikot kita..lepas tu mai  boring mula kot suka hati nak sujud dulu,rukuk then bangun terus sujud..alahaiii..
nanti kalu bawa dia p..dok buat camtu kang  mama dia kena marah plak...

ribut ramadhan 4

kesian dekat peniaga tepi laut..abeh makanan depa jtuh kena pukoi dengan angin kuat..
kemarin lepas balik keja merempit dengan qis tapi belakang rumah ja,bukan jalan besaq..kalu jalan besaq..hohoho tak berani sangat..
nak p beli juadah untuk berbuka..

ala beli nasi+ lauk +kuih..then air tak beli lagi..ternampak satu gerai kecik tepi laut..
aku pun singgah,order air sirap selasih ikat semua..:-)
sesambil si suami akak tu dok ikat ayaq akak tu dok tunjuk la lauk dia  ada ikan belah belakang,sambal tumis udang dengan petai,ayam masak merah..aku cakap owhh tak pa x pa..
yang si qis duduk atas moto..ala belakang aku ja..

sekali angin laut mai punya kuat sampai terbang payung akak tu..terkena dekat qis.. betoi2 kena muka qis...naseb baik la terkena kain payung tu  ja...kalu kena besi..ospital la jawapnya...
aku apa lagi adikkkkkkk cepat2 peluk qistina then alihkan moto kedepan..

kesian dekat akak tu..abeh gerai dia..lauk pauk semua jatuh..tapi nak buat camna kan angin kuat..
sampai duit belen aku pon penuh kuah sambal...
akak tu n usben dia berpuluh kali minta maaf dekat aku..kan payung tu terbang kena qis..nak buat camna kan..naseb baik qis x dak apa....

7/24/12

bunga api

awalnya aku dah start main bunga api..rasa macam dah lama tak main..aku plak yang terhover lebih..semalam buka posa dekat rumah tok qis..sebab papa keja malam..then my biras pon berbuka sekali..suami dia pon keja malam..

lepas buka aku ajak biras beli bunga api..kami merempit setengah jalan..tetiba hujan lebat..patah balik amek keta la jawapnya..hahahaha orang p sembahyang terawih tapi kami main mercun..ngeee...

p beli bunga api+mercun bawang+teloq naga=rm10
bebudak kat rumah tok qis ramai..beratoq macam nak beli aiskerim padahal nak amek bunga api ja..
syok juga melayan bebudak ni...gambaq x sempat nak amek sbb sibok dok cucuh munga api..
----+***+
-------  +*++

7/23/12

ramadhan 2 & 3

yehuuuuuuu betapa coolnya dapat tido time ni..besstt kan..ujan pulak tu..tapi apakan daya  kena keja lorr...
okey ekceli aku baru balik dari kampong..
bestnya sambut puasa dengan family..makanan jangan cakap la...beli pon ada masak pon ada...

memang meriah la..dengan family aku yang ramai ni...80% semua adik bradik ada 20% lagi tak balik ada hal memasing,tapi 80 % pon dah meriah..
memang best..
walaupon juadah yang bukannya dari makanan yang mewah2..tapiiiiiiii juadah kami berasaskan makanan kampong...berselera tuuuuuuuuuu....terlioq sudah..

semalam semua adik beradik aku balik..sunyi balik rumah mak n abi aku..
okey my adik beradik raya time kita kumpol lagi yer....

tapi sebelum balik kampong..acara wajib  bawa balik apa yang ada buah rambutan,laksa,koi untuk sahur...
tapi semalam sampai lambat dan sahur pon agak lambat..keh keh keh keh keh...

7/20/12

puasa pertama

hai selamat pagi semua..okey lagi noh..segar bugar lagi  kot..baru pukul 9.30 relax arr awai lagi
hari ni aku keja ..malas la nak  mai keja..tapi altenate nak buat camna kan..terpaksa ler...
sahur tadi makan apa??
aku n family sahur makan nasi ler berlaukkan  daging masak kicap ,sayur campur,sambal petai..semua tu aku maaaaaaaaaaaaaaaaaaaaasak!!
hehehehehe...opssss rajin ka??...tak tak tak aku tipu ja..aku beli seksiap..bangun just panaskan jer...
ikotkan hati nak masak..tapi kemarin petang temankan tok qistina pergi beli makan..nampak plak lauk pauk terbekenan dan terus beli ..so tak payah masak la jawapnya...

sahur tadi usben aku makan sekali ja tak bertambah..kalu aku masak mmg dia akan tambah nasi..nampak nampak..perbezaan antara air tangan aku n air tangan tokey kedai masak..ahakkssss
usben siap komen hurrmmm mama masak lagi sedap..owhh sedikit terkembang hidongku yang sedia kembang ni...
hahahahahaha...atau bagi hint suruh aku sentiasa ke dapur..keh keh keh keh keh...
whateva...tengah fikir menu apa nak masak satg ek??

7/19/12

perfume baru...

hari ni semangat bangun mai keja...hahahahaha  besa la ada udang disebalik tom yam kung!!
kemarin petang ada sorang bro tu...juai perfume underwater aku ingat..besa la aku keja logistic site..memang banyak la barang2 kargo ni...
macam2 ada astro la katakan..

aku sempat rembat 3 botoi perfume..besa la rega memang jauh gila murah,hahahahahahaha...untung poket mak okey!! then free give lip gloss 1..
so ari ni dengan semangat jiwa raga mai kja pakai perfume baru...
time kat rumah tadi..aku punya semboq harum semerbak..boleh pengsan mak cik sebelah bila bau..hak hak hak..setengah botoi kot..wakakakakaka

qis cam besa xtvt wajib..main telefon ..time tu dia dok dekat hall...sengeh2 apa lebih kurang depan cermin...okeyyyyy ready nak p keja...

elok aku keluaq dari bilik..qistina dengan muka2..mama apa ni??bucuknya mama....eeeeee bucuknya..perghhh statement memang menikam kalbu...
then aku cakap ..eh bucuk ka??..aku punya la dok rasa macam wangi  maut punya..sekali qistina kata busukk...hurrmmm sentap mak noq!!

hurrmmmm...ni la dikatakn bapa borek anak rintik...
sekali tak keluaq tak pa...tapi sekali ayat depa keluaq..menikam kalbuuu...

ramadhan 1433

esok nak puasa kan..selamat menyambut ramadhan al mubarak...
somebody is leaving..u know who??
ofkos la setan rite...setan dah packing semua kain baju meninggalkan bulan yang mulia ni..shuhhhh shuhhh p jauh2..jangn dekati kami orang2 yang mulia ni...
ramadhan is coming...tahun ni serius aku memang tak sabaq nak sambut ramadhan..mungkin umur dah meningkat, sekarang pula dah ada family sendiri punya anak dara yang comel??
tak sabaq nak pakaikan dia baju kurung sedondon dengan mama,bila raya nanti..awalnya cerita pasal raya??
owhhh  can u imagine how sweet kami time tu..eeeuuuuwwww perasaan....every year mmg sedondon pon kan??..qis pon dah turn 3rd..besaq dah kot..kena train puasa ni..INSYAALLAH

ok ok tak mau melalut dah..kepada semua  umat islam didunia..selamat menyambut ramadhan al mubarak dengan penuh kesyukuran ... from mama qis and family
puasa yer jangan malas2...

salary increment

besok kena semangat datang keja,bukan apa besok ada salary increment..bukan kenaikan pangkat..cukop la setakat pangkat kuli dekat hitachi ni...dah cukop besaq bagi aku..ecehhh
sembang je kot..konon low profile latu..hehehehehe

kampeni  orang lain aku rasa dah 2,3  kali kot makan gaji baru,tapi kampeni  ni ..besok baru nak bagi..hurrrmmm lambat kan..huhuhuhu...
besok  mai keja pakai lawa2 wangi semerbak alam..sebab nak mengadap muka jepun,dengaq ceramah  jepun pas tu bagi surat chenta yang isi dlamnya  jeng jeng jeng...rm10 sja...lalalalalalalalala..Alhamdulillah..;-)
wowwwww  it's very too much okey
no no no
my company just only give voucher kfc for dinner set...hohohoho..

entah2 bila aku buka surat ni akan terpampang sekeping kertas yang bertulis

thanks for your cooperation...
boleh camtu??

7/18/12

miss my mak n abi

dah seminggu aku kol mak n abi..telepon tak berangkat pon...kenapa ek.. kekadang tu ada penyagak suka curi kabel ...
besa la dekat kampong aku banyak taik dadah susah cari kabel telefon untuk beli bekalan..kuang ajo namanya..

hurrmmm mebi abi n mak aku bz gamaknya..kekadang tu abi aku bila ke opis(toreh getah)
dia memang tinggai hp kat rumah ..kol mak aku besa la susah benor nak pick up fon...sibok manjang dekat dapoq...


then aku kol kakak aku..rumah dia tak la jauh sangat..kawasan kedah juga.... sekarang abi sibok dok buat bot ..tak dengaq la tu...
owwwhhhhh lega dengaq....

tak pa tis wiken anaknda mu nak balik kampong...
kedahhh here i come...yeyeyeyeye balik sambut puasa dengan family....

7/17/12

ANAK MUDA SAYANGKAN MELAYU

pesbuk owh pesbuk..bagi aku ada juga baiknya pesbuk ni ada juga buruknya pesbuk ni...
yang baiknya kita dapat  bertemu kembali dengan mmber kita yang dah lama tak jumpa kan..yang buruk banyak kot terjadinya kes bercerai berai,skandal kutuk maki caci besa la...lumrah kan...

tapi yang aku betol2  tak syok semalam..maaf lah bukan la aku nak berpolitik dlam blog ni..cuma rasa terkilan dengan sesetengah admin ni..memang la admin akan create a new account for example AKU SUKA KENTOT
ok fine tak kisah kalu hampa nak liked 6 juta sekalipon..

semalam aku nampak satu account ANAK MUDA SAYANGKAN MELAYU..
Ok fine..hak hang kan nak create apa saja account  yang hang suka...

tapi semalam ada satu post pasal gambaq dato haji nik aziz tengah makan..dia makan ikot sunnah nabi okey...
kenapa sakit ka admin  ANAK MUDA SAYANGKAN MELAYU ni??

sampai kutuk2 dia makan camtu...apa motif nak create account macam tu  atau semata-mata nak kutuk apa yang orang buat...nak suruh ok like banyak then hang dapat duit ka???..suka kot bila tengok notification sampai 40 juta
plzzz la be a profesional okey!!....atau admin ni  tak sedar dan cuba renung tajam2  ANAK MUDA SAYANGKAN MELAYU


APA NI MELAYU KUTUK MELAYU!!!!

orang lain akan bertepuk tangan guna kaki bila tengok melayu kutuk melayu atau just nama melayu AGAMANYA PULAK???
wallahualam...




..

pak cik dangdut

tadi aku n qis nak turun kekedai beli mkan..mlas la nak masak..kedai memudahkan keja aku..nak makan apa??nasi goreng,mee bandung,keow  teow kering,basah semua ada..cuma siap duit ja..

masa tengah turun tangga tu...aku ingat ada orang buat ceramah bawah rumah ka??tapi  tak dak notice pon suruh alihkan keta...semakin aku turun,memang jelas kedengaran pak cik n mak cik yang rumah  depa tingkat satu..tengah layan dangdut...hahaha romantik kan..boleh aku tumpang sekali dengaq dangdut..punya la kuat...baru p buat sound system ka pak cik??rancak ja dengaq...

aku rasa macam benda ni lawak la..aku nak tergelak bila tengok  gelagat depa,pintu keta depan terbuka luas,budak2 kat situ pon semua pakat menerpa mcam tengok gmbaq sponge bob...bebudak kat situ pon layan

aku??

layann jugaaa

sesambei jalan tu aku gelak anak2..pastu nak tergelak bapak pulak adehhhh...tak tahan


                                            tetiba

ternampak cacing dok menyuloq jalan..sentappppppp teruih tak jadi gelak..kalu tak..sah2 kena cop gila meroyan...thank cacing yang geli..kekekekekeke

opsssssssss ada lagi ada lagi...

dulu aku pernah nampak kakak sekolah arab(lani dah katop sek tu sbb student x banyak)
dia naik basikal pastu pasang bulu dekat handle..lebih kurang macam moto awie n ela tu
nampak mmg lawak gila...depan2 depa juga aku renggah gelak..pastu depa tengok aku..then kata gila kot budak ni!!
siyes aku mmg x leh tahan bab gelak2 ni..boleh pecah pundi kencing bila tahan gelak!!...
lebih kurang camni la..cuma depa  NI tlbih kretip,p convert basikal jadi moto..jadi basikato

sekian...:-)

jeragat owh tidak



7/16/12

pelat

aduhaiii..kesian kan dengan orang yang pelat teruk sampai aku tak paham apa yang depa nak cakap....kalu fore nest...aku boleh consider ok la yerk!!
ni orang mesia la wey,boleh cakap melayu  gitu!!

kekadang cam  nak marah pon tak kena juga...kalu pelat dri segi bahasa tu aku tak kisah la...
ni sampai nama orang  pon nak pelat
aku rasa cam dah melampau..contohnya kalu nama chan..korang sebut apa??
chi?? choo?? depa sebut chi..cam tak kena ja
ada lagi faizal korang sebut apa?? fishah?fisya??..lagi terukkkkkk
sebb nama2 ni memang tersangat familiar kita dengaq

lain la nama avavikory tu..aku boleh la terima kalu tak reti nak sebut!!!
jepun pon tak teruk klu depa sebut nama kami yang ibarat nama2 arabic ni
wakakakakaka.....

ok la yang tu ja cita..warning!!
kalu nk kol kampeni ni makesure hapai dulu nama2 yang uollss nak cakap tu..kalu tak aku hangin
sbb aku yang akan angkat telefon
kalu aku tak angkat lantak la kan..hahahahahha..

lupa makan semut kot!!

hai selamat petang semua...tinggal lagi beberapa hari lagi kita dah nk puasa kan..
mengikot dlam kalendar jatuh pada hri sabtu bersamaan 1 ramadhan 1433...
hari sabtu plak yepppyyyyyy cuti time...
tak sabaq ni nak posa..
tapi bukan la aku nak cita pasai menu berbuka posa yer ,tengok tajuk lupa makan semut kot!!

semenjak lani kepala otak aku suka sangattttttttt blurr..terlupa sampai aku rasa macam dah kronik..aduhaiiiiiii apa nak jadi ni..umuq masih muda,tapi otak mengalahkan umuq orang 60 tahun..aku rasa umuq orang 60 tahun lagi elok dari aku..

tadi usben kol..mana bokbeng? mana cd? mana tel nak top up??
semua ak tak ingat ..awat teruk sangat ni..padahal benda tu semua mmg aku selalu guna..
time dia tanya tu mmg aku blurr gila2..aku boleh bagi jawapan tak tau ja..betol2 tak ingat...
makan semut banyak agaknya....awat la teruk sangat ni!!
 YA ALLAH SELAMATKAN HAMBAMU INI YA ALLAH..

7/12/12

air sembahyang

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya
Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap
benda-benda yang tak berfaedah.


2. Ketika membasuh muka,berniatlah kamu
dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat
kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih
berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah
kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab
ku ditangan kanan ku ini".
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikanhisab-
hisabnya di tangan kanan .

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu
dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-
hisab ku di tangan kiri ku ini".
Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-
hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu
dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik
matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar
macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu
dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"
Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang
mengumpat, memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu
dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi
titian Siratul Mustaqqim".
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian
dengan pantas sekali.

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu
dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke
masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-
tempat maksiat"
Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di
tangan Allah.

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat
bahawa setiap yang dituntut dalam Islam
mempunyai hikmah nya yang tersendiri.

Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil
wuduk sedemikian rupa?
Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita
perolehi dalam menghayati Islam?

Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita
sebagai umat Islam?

Bersyukurlah dan bertaubat selalu. Hantar e-mail
ini kepada rakan-rakan yang lain. Ikhlas kerana
Allah.

Wasallam.

7/10/12

tiada beza

aku syang mak n abi
aku syang abah n mama
mereka semua tiada beza bagiku..sma sja  especially mama dan abah..layan aku seperti anak kandung sendiri,wlaupon aku menantu hantu...
mak dan abi..mak aku cantik abi aku handsome

abah dan mama..abah stedy lagi mama still vogue kan...

7/9/12

qis n spek mata

dulu sebelum kawen.. aku duduk sewa dengan mmber..seingat aku 4 orang kot..semua sporting morting,satu kepala..kekadang rindu time tu..sekarang semuanya dah kawen...
yang  syoknya starting dari aku nak kawen..lepas tu semua satu rumah nak kawen...heheheh gatai kan ..eekekeke...jodoh kannn...

.lepas aku kawen,dengan segala hormatnya aku kena keluaq la dari  rumah tu..semua barang aku angkot..barang aku je la yer...
ada 2,3 barang aku  wakafkan je dekat rumah tu..malas nk bawa...

nak dijadikan cerita..wahhh tak boleh belah ayat!!..okey..aku ada satu kotak ni memang aku langsung tak godek2 apa benda ada didalamnya...aku buka kotak tu..owwhhh barang2 lama aku..then ternampak spec sapa plak ni??..sebab aku mana ada spec..aku selalu gunakan cntc lens ja..spec memang aku tak guna

fikir2 punya fikir..aku rasa mungkin spec ni housemte aku punya kot..power pon tak kuat..spec bongok je kot..
qis dok main2 je dengan spek tu ..power pon tak dak ...aku tak kasi  dia main tapi dia nak main jugak..nahhhhhhhhh amek nak main sangat kan!!! tak bagi mau tau la melalak kang!!
meh tengok muka meknon ni
meknon in da house

cewahhh peace yorrrrrrrrr

eh wat pelik pulak

nur raihana qistina binti razman

bandar lama kopi putih(halal tak??) old town white coffee

makan makan owh makan..makan untuk hidop atau hidop untuk makan??sma atau serupa??

okey okey  ..bandar lama kopi putih
atau bahasa omputeh dia..old town white coffee..dulu memang tempat pebret aku laki bini..tapi disebabkan  depa kata tak halal..so sengap untuk sementra waktu..

lepas tu opismate ajak makan dekat oldtown..aku tengok ha ok ada tanda halal..dia punya dim sum pon ada tanda halal..

kak nor and kak reen

kak intan n me..abaikan muka apom aku

moca,cappucino,kiwi blended

lasagna(betoi dak aku eja),laksa lemak,mee jawa..

time dekat opis aku sesaja google pasal status halal old town ni..status halal jakim
ada beberapa oldtown sja yang halal..tapi aku makan old town dekat bukit jambul penang...
wahai kengkwan..tolong kompom jika korang tau status halal ni yer...
tapi aku memang dah tak  fikir apa dah..dah terbentang luas..logo halal tu...dia punya staff pon malay..
wallahualam

mempelam

wahhhhhhhhh seronok kan kalu dapat orang kampong yang prihatin baik hati tak kedekut ni...todiAAAAAA kalu boleh puji.....tapi bukan puji kosong wey..memang aku bertuah  dapat orang kampong yang baik hati ni..aku yang untung kaki tangan badan..

aku masok keja koi 8.30 so dah cerah la kan time aku p keja..perkara yang pertama aku buat sebelum p keja p hantaq qis dekat rumah tok dia...
naseb aku bertuah hari ni sebab..masa aku p hantaq qis dekat rumah tok dia..jiran tok qis tengah kait mempelam...walawe...

pastu dia panggil aku...nah amek la mempelam ni..6 biji cukop kot..aku senyum2 kambing..rembat jerk orang bag..pastu ucap la kat dia..terima kaseh noh...

rezki mempelam ni aku kongsi dengan opismate aku juga,,bukan aku rembat sensorang....
ada 4 biji jer kan..lagi 2 aku bagi dekat mak labu opis atas...

puzzle

malam ni cerita pasal qis je kan....hari tu p mydin,pastu ternampak puzzle..ehh berkenan la plak..aku plak berkenan lebih.. camna??? niat memang nak beli dekat qistina..tapi mama yang over plak....
puzzle snow white..murah jerk..rm 5.90 kot..saiz kecik ja..

aku berani beli sebab qis kan dah besaq,dah nak masok 3 tahun ..takkan dia nak masokkan benda yang pelik2 dlam mulot kot!!
dulu time  qis  bb memang aku pangkah  benda2 kecik yang senang nk masok dalam mulot bb ni..beli mainan pon semua besaq2..hehehe...kiranya benda yang tak boleh masok dlam mulot bb lah..
takot kang tercekik pulak..naya je kan...so beware yer dengan mainan anak2..

tapi aku memang tak biaq qis susun puzzle sesorang..takot juga la..dia pon kategori kanak2 riang..paham kan kanak2 riang tu..:-)
betoi ker susun tu??

iklan ubat gg mak cik(mukmin)

usaha tangga kejayaan

kuat merajuk

ini budak memang kuat merJUK ...tiru perangai sapa ntah..mama kot..opppsssssss...tak mama dia rock hehehehe..papa yang suka merajuk...lalalalala...
qis  oh qis...dulu memang suka merajuk juga..sekarang makin menjadi2 merjuk dia..besa la kan dia bukan ada adik pon..merjuk kuat manja pon kuat...
dlam merajuk2 pon sempat lagi tgk kamera...

haaaaa ni memang dah tahap kronik merajuk dia

7/8/12

jaga budak

kemarin cuti....walaupon cuti tapi dapoq aku tak berasap pon..hehehehe bukan apa kemarin ada kenduri..buat apa nak masak membazir namanya..:-0
petang kemarin p  makan kenduri sambut ramadhan belakang rumah tok qis,dekat ja..kentot pon dengaq...

abeh makan semua..  tunggu mummy rina  mai umah..dia juai tudung...tudung dia semua gojes,harga pon berpatutan,hari ni mai keja  aku pakai tudung baru...semangat tuh...

aku macam besa la cuti2 banyak melepak dekat rumah tok qis.nak plak papa keja kemarin lagi la malas duduk  rumah..
adik ipaq aku datang rumah tok caq ,bawa si baby kecik eca nama dia...lama dah aku tak tengok eca...aku minta izin dekat adik ipaq  nak bawa balik eca dekat rumah..dia kasi..weeee seronok..asyik main  dengan baby besaq ja...nak juga aku main bby kecik..(qis jangan mare)..:-)

aku ajak qis balik rumah,sesambil jalan..terserempak dengan jiran2 semua tanya..yang spa pulak ni??
besa la aku memang suka bawa balik  budak2  kat rumah...hehehehehe...bukan sapa pon bebudak yang tok qis jaga ja...

mula tu eca main elok ja..then aku kasi susu,nampak mcam dia mengantok ja..aku tepuk2 tapi ada plak yang jeles..nak mai himpit..sapa lagi bukan qis...then cakap dekat qis..mai tidoq belakang mama,terus dia merajuk lari masok bilik..aduhaiiii jeles yer kamoo...

dah abeh minum susu,eca start  berkaraoke..alamak camna nak buat..pujuk2 kejap ja dia senyap,then karaoke balik,aku pergi mandikan eca then terus hantaq dekat  umah tok qis..ekceli dia ngantok..tapi rumah aku tak dak buai la...

 rumah tok qis dengan rumah aku teramat dekat,tapi disebabkan eca ni dah melalak teruk,aku pergi naik kete..ekekeke..hai bebudak sekarang ni kan,naik keta ja terus senyap..sesampai ja umah tok caq aku
bawa  eca naik stroller,diam je dia
lepas tu si qis ni merajuk lagi,sbb tak bawa dia naik  sekali,merajuk ja qis ni kan...

then aku bawa la qis n eca round2 naik stroller... tok qis  amek eca nak bagi  tidoq..bila masok dlam buai,
perggghhhh budak ni memusin satu buai..
aku try plak..elok aku letak dia pusin2 juga...terus aku pon berzikir dengan sora lunak merdu ni..ekekeke
secara otomatik si eca ni diam,dan lali2 terus lena....
adakah sora aku lunak merdu???
owhhh tidak sebenarnya the power of zikir yang membuatkan sieca ni tidoq lena..lama plak tu dia tidoq...
benda rutin dok buat dekat qis...sampai anak orang pon aku buat juga..hehehehe
fffheeewwwwwwwwwwww

7/5/12

salam jumaat

as salam semua,dah pukoi 11.15 a.m wak tu mesia(naper hang dok kat us ka?)
dah lunch ka??hahahahaha soklan agak bongok disini....

kurang 2 minggu kita nak posa kan..wahhh bestnya...persiapan korang camna??
aku n family ala kadar ja...syukur ...syukur la dengan apa yang ada berbanding orang yang lebih teruk dari kita....

ok lah aku pon tak tau  apa yang aku nak merapu bluurrr katak
ok lah cau cin cau