Showing posts with label sayang kamoo. Show all posts
Showing posts with label sayang kamoo. Show all posts

1/3/13

First day qis masok sekolah

adakah terasa tua bila anak dah mula menjejakkan kaki kesekolah..owwwwhhhhhh tidak..masih muda apa??hahahaha
hurrrmmmm qis dah masok sekolah..hohoho..dulu kecik ajerk..sekarang dah masok sekolah..comel sangat kamoo sayang bila mengenakan uniform sekolah..sangat teruja plus papa nervous teruk tu..ngeee..
besa la kan aku rasa totally parent xcited cam kami jugak kan ka kan kan..baik ngaku!!!

haaaaa sekarang impian kamoo dah jadi kenyataan kan syang...hari2 asyik nak kesekolah ja...
ingatkan qis nak menangis tapi qis okey ja..siap time balik punya  la semangat naik van..langsung tak pedulikan mama n papa yer...pandai berdikari...:))
dah naik van siap bubye bagai dkat mama n papa..comel sangat time tu...
harap qis happy dekat tadika genius tu yer...belajaq rajin2 yer sayang..



5/8/12

QIS DEMAM

hri ni baru setat keja..kemarin early 3 pagi..papa kejutkan mama cakap qis demam..mama kelam kabut bangun sebb qis high fever,,semalam papa temankn qis tdo skli,naseb baik...
ouchhh kesian anak mama..lepas tu mama p dapoq ambilkan ayaq asam jawa jelum dekat kepala qis..kurang sikit panasnya...
nak letak cool fever alamak kehabisan stok plak..selalunya mama mmg ada stok cool fever..tapi disebabkan qis mmg dah lama tak demam..jadinya TERLUPA  DER..!!

tapi takpa dengan bantuan ayaq asam jawa..memang kurang cket panasnya....mama n papa bergilir  jelum kepala qis sampai la dia lena ,mama n papa pon turut serta..hahahaha..dah dekat nak subuh badan qis panas balik...qis ngadu sakit kepala sampai urut2 kepala dia...alahai kesian qis..siap minta  ubat dekt mama ...then mama  teringat dengan satu pad yang brand avail ni..pad herba n pad serbaguna...pad ni  boleh mengurangkan pnas bila demam.
apa lgi mama  try la..ALHAMDULILLAH ,,memng kurang dengan izinya...

qis pon suka dia tak buka bila mama pakai kan dekat kepala qis...mungkin ok kot...
nak tau pad tu camna

ni la pad tu a.k.a pant ilinear...i love its







disebbkan qis demam so kemarin mama EL..kesian dekat tok qis sama ,dah la  nak jaga ramai budak,qis lak demam so kemarin mama ambik alih tugas tok qis,,lgipon qis kalu demam memang merap manja dan tersngt manja..nak kena dukung n peluk jer..

kesian qis mnm,makn pon tak lalu..tapi time bawa qis g klinik cargas pulak bila nampak menan yang kena bubuh coin tu..apa benda ntah,,tapi demam punya pasal layankan jer...kena pow plak tu ngan qis ni,,time mama singgah kedai nak belikan barang2 utk buat moi sup dia nak ultraman pulak..huhuhuhu..demam banyak akai nii!!

kesian anak mama demam
petang kemarin pon qis tak mau duduk kat umah..mengamok nak p umah tok dia..naseb baik la dah siap masak moi..apa nak buat orang demam kan so layankan jerk..mama  bawa seperiuk moi sup p umah tok qis makan ramai2..tapi itu pon qis namau makan..tak dak selera kot...

dlam koi 5 camtu opah qis balik dari keja...nengok cucunya yang demam..cepat2 opah balik umah kaitkan buah nyoq 2 biji...bagi qis mnum ayaq n hilang panas badan,..itupon qis mnm cket ja..yang selebihnya mama mnm,,,kekekeke..kang membazir nmanya better mama mnm..ngeee..

ALHAMDULILLAH...qis dah baik dari demam....

3/22/12

susu iiham vs mamil gold

rasanya aku cam nak tukar susu untuk qis la..sekarang dia minum susu mamil gold...ni la satu2nya  susu  yang sesuai dengan qis..susu lain  qis tak nak okey..dah macam2 susu aku try tukaq..tapi dia tak nak..
lastly aku sedekah ja dekat orang lain..rugi duit mak kau tau..hahahahaha...



mamil gold

aku memang dah  lama tau  tentang susu ni..tapi si qis ni memang senstip sangat kalu aku tukaq susu
even dia tido pon..dia akan tau...

nak tau susu apa??

susu ni ha..sekarang memang dah berkenan tahap max dah..hopefully qis bleh terima susu ni






Semua Produk Ilham dihasilkan dengan rumusan seimbang dan disyorkan sebagai pemakanan sampingan untuk memenuhi keperluan pemakanan harian si manja. 
Susu Ilham mengandungi Terapi Al-Quran dan tidak boleh dilangkah.

TAHUKAH ANDA?

Susu

Susu sering kali bererti cecair berkhasiat yang dihasilkan oleh kelenjar mamari mamalia betina. Ia membekalkan sumber utama khasiat bagi anak yang baru lahir sebelum mereka mampu menghadamkan makanan yang lain. Ia juga diproses menjadi hasil tenusu seperti krim, mentega, yoghurt, aiskrim, gelato, keju, casein, protein gandum, laktosa, susu pekat, susu tepung, dan banyak jenis tambahan-makanan lain dan keluaran pengilangan. Susu akan basi jika dibiarkan terlalu lama.
Susu ibu diberikan kepada bayi melalui penyusuan badan, samaada secara langsung atau oleh diperah untuk diberikan kemudian. Susu awal yang dikenali sebagai kolostrum, dan mempunyai antibodi ibu kepada bayi. Penyusuan badan mampu mengurangkan risiko banyak penyakit kepada kedua-dua ibu dan bayi.

Komposisi dan khasiat

Komposisi susu banyak berbeza antara spesies kepada spesies; sebagai contoh kandungan susu lembu berlainan sama dangan susu kambing, yang mana seseorang yang merasa keduannya akan sedari. Faktor seperti kandungan laktosa, perbezaan kandungan dan saiz (globule) lepa lemak dan kekuatan (curd), dibentuk oleh enzim manusia menghadamkan susu, boleh berbeza antara mamalia dengan mamalia lain. Sebagai contoh:
  • Susu manusia cair dan kaya dengan laktosa, kebanyakannya gula.
  • Susu lembu lebih rendah kandungan gula dan tinggi dalam protein, dan mengandungi sekitar 3.5% hingga 6.5% lemak susu, 4% hingga 8.5% pepejal susu dan sekitar 88% air. Protien utamanya (80%) merupakan kasein, sementara protein whey membentuk bakinya.
Laktosa di dalam susu dihadamkan dengan bantuan enzim laktase dihasilkan oleh tubuh bayi. Bagi manusia, penghasilan laktasa menurun kearah dewasa (bergantung kepada gen seseorang), dalam kebanyakan kes sehingga tahap dimana laktosa tidak dapat dihadamkan, mendorong kepada ketidaktahanan laktosa, keadaan gastrointestinal yang terdapat kepada ramai orang.
Susu penuh mempunyai sekitar 634 kalori setiap liter.

Badam:

BadamBadam merupakan kacang istimewa yang menjadi makanan sampingan yang biasanya dimasukkan ke dalam coklat bagi meningkatkan kesedapan dan nilainya. Badam telah digunakan atau dimakan oleh masyarakat di Timur Tengah, Iran, Afghanistan, Pakistan & India, beribu tahun dahulu bagi tujuan meransang minda dan meningkatkan daya ingatan bagi tujuan penghafalan al-Quran, Hadist dan pelbagai ilmu.
Sebagai contoh penyelidikan yang telah dibuat, hampir semua kanak-kanak, remaja, orang dewasa serta warga emas yang menghafal al-Quran, Hadist dan pelbagai ilmu di sekitar Pakistan & India, mereka telah mengambilnya sebagai salah satu sumber makanan tambahan bagi tujuan meningkatkan daya ingatan bagi tujuan hafalan dan menjaga ingatan. Penyelidikan ini termasuk juga ahli akedemik & golongan professional di sana, kerana mereka sudah menjadikan pengambilan tersebut sebagai amalan harian.
Pakistan dan India telah banyak melahirkan para saintis, pakar perubatan dan para juga alim ulamak yang pakar di dalam ilmu al-Quran & Hadist yang layak diberi gelaran Sheikul Hadist sehingga diberi kemuliaan oleh ALLAH untuk mereka mengajar di Mekah dan Medinah. Sudah menjadi kebiasaan di Pakistan dan India sekiranya kita terjumpa pakar-pakar perubatan, saintis, pakar teknologi maklumat, pakar jurutera serta golongan professional yang menghafal a-Quran & Hadist.
Menurut pakar-pakar pemakanan, badam merupakan sumber makanan untuk kesihatan kerana khasiatnya yang pelbagai. Badam mengandungi 20 kali lebih banyak protein jika dibandingkan dengan bijirin lain. Kandungan lemak dan kabohidratnya tinggi dan ianya mengandungi sumber gula yang tinggi.
Menurut kajian kandungan vitamin B dalam badam mengatasi kandungan vitamin di dalam telur. Kandungan kalsium juga mengatasi kandungan khasiat susu dan dan kandungan fosforusnya melebihi kandungan fosforus di dalam keju. Kanak-kanak juga amat sesuai memakan badam kerana khasiatnya dapat membantu pembesaran mereka, selain membina tulang dan gigi. Sementara kepada orang dewasa pula ia dapat membantu menyihatkan jantung mereka.

Kurma:

Kurma
Kurma adalah sejenis tumbuhan yang dikenali dalam bahasa saintifik Phonex Dactylifera. Kurma mengandungi lebih 50% glukosa dan ianya dapat diserap oleh badan dan mampu memberi tenaga yang segera dan konsisten kepada kanak-kanak. Kurma juga mengandungi serat, amat baik untuk mencegah sembelit dan memudahkan pembuangan air besar.

Kismis:

KismisImam Zuhdi berkata: “Sesiapa yang ingin menghafal Hadith hendaklah ia kerap memakan anggur kering”
Kismis mempunyai banyak khasiat pemakanan seperti mineral, serat dan vitamin yang merupakan nutrisi penting untuk badan. Dalam Islam, kismis sudah lama disarankan untuk pemakanan kanak-kanak kerana ia adalah makanan tambahan yang mampu merangsang minda dalam melahirkan generasi genius. Menyedari kebaikan kismis dan kemampuannya menjadi snek dalam makanan kanak-kanak, masyarakat Barat turut mula mengambilnya di dalam diet seharian mereka.

7/15/11

akit dada or notty sangat!!

kemarin balik keja..jalan jammed giler..sampai terketaq-ketaq kaki aku ni dok change gear almaklum la keta manual camni la..alangkah bestnya kalu keta auto tak la lengoh  sangat kaki aku drive time jammed cenggini ..tapi apakan daya yang tu ja harta yang ada..soo bersyukur je la...
sampai ja kami rumah uhhhhhhh lega rasanya..sesampainya  kat rumah orang pertama yang aku nak tengok..mestilah my boshom qis..rindu sangat kat dia...
rasa macam nak geget2 ja budak boshom ni tau..tapi kesian la plak..dia bukan bam bam pon..hahahaha..like mother like daughter la...tapi sekarang mama dia dah tak pegang  pingat kekurusan tu,mama dia dah nak pegang pingat kegemukan plak..hahahhaa...ramai orang ckap kat aku ,hang gemuk kan sekarang
aku jawap balik biasa la laki jaga elok..hehehehehehe...
ok tinggal  bab gemuk dan kurus..bukan topik yang nak dibicarakan
sebenarnya aku risau la dengan qis ni..semalam sedang dia main2 terloncat-loncat,terhegeh-hegeh lari..tetiba dia cakap akit dada sambil  tangan dia dok tepuk2 dada ..tapi tak pulak qis  tunjuk symptom betol2 dia sakit dada..lari keliling rumah,terlompat-lompat lagi ada la...ishhhh budak ni kan..banyak kali dia cakap akit dada akit dada..kekadang tu qis dengar sapa2 cakap dia akan  ikot ..aku rasa dia ikot sapa2 cakap kot(sedapkan hati mama) ...tu pasal la ,aku kalu nak cakap pelik  aku ushar dulu.. takot dia ikot.. kalau qis dengaq,kompom2 dia akan ikot....
aku tanya dia..qis sakit dada ka??
dia angguk akit dada akit dada ...;-(
menari la tu!!



nampak gg ikuih(tikus)

tapi hati aku kuat mengatakan yang anak aku sja main-main ja.. maybe dapat ayat baru kot..tadi kol cakap dengan dia..tanya still sakit dada lagi tak????..dia jwap..dak dak dak..ishhhhh qis ni kan...dak pulak..notty tau budak qis ni..
kat rumah dia memang notty ..tambah2 kat rumah tok dia.. lagi la notty ,ekceli tok dia yang jaga kalu aku pegi keja..kat rumah tok dia bukan qis ja yang ada..tok qis ada juga ambek budak lain untuk dijaga..ramai member qis ni..ada 5 orang member qis..semuanya laki..qis ja perempuan..tu pasal perangai qis macam laki.... aduhaiiiiiii ponin kepla eden..kiranya qis la otai kat rumah tu..ada satu hari tu..semua budak tido kecuali qis ja yang tak tido..besa la otaiiiii..bagi anak buah tido dulu la..hahahahaha..bila bebudak tu bangun..qis cepat2 amek getah buat aksi macam nak jentik orang ..qis cakap kat bebudak tu...idoq idoq idoq..ishhhh la..bebudak tu  baru nak bangun kena   paksa dengan qis tidoq  balik dalam keadaan mamun2  plak tu....tapi ada sorang baby kat rumah tu..qis suka dengan baby ni..umuq dalam 7 bulan kot..badan baby tu..kusssss semangat..bam bam gila..sampai misi suruh diet..pelik2 ...qis suka dengan baby ni..dia selalu ajak baby ni..main ngan kakak,,mai mai main ngan akak..qis dok ajak baby tu,,hahaha.....baby tu baru buleh meniarap!!lambat lagi la nak buleh main dengan qis!!



TENGOK!!! MUNCUNG DIA


ni la baby tu...lagi besaq pada qis..


kawan-kawan qis ada lagi tapi pix tak amek la plak..yang ni ja ada
 dengan bebudak tu pon qis suka main  juga tapi,
bebudak   ni  semua takot dengan qis.. sebab qis  selalu buli bebudak tu..kesian aku tengok.... kalu marah pon kejap je la qis dengaq lepas tu buat balik!!kekadang tu aku tak berapa tau sangat nama budak2 tu...aku nanti refer kat PA kecit aku la..semua qis buleh hafal nama2 mmber buli dia..hahahhahah..mentang2 la rumah tok dia.. jadi otai la hang!!!

6/13/11

my baby qis

selamat petang..baru ja lepas minum kacip fatimah...arrrrrrrggggggggg segar mata..tadi mengantok sangat...rasa dok tersenggok-senggok depan pc opis ni...
apa lagi pekene semug kacip fatimah lega aih!!!!
mama rasa mama tak publish lagi pix qis time dia lahir dulu kan..meh cni mama nak publish muka qis time baby fresh dari oben...muka dia very the lain la...dulu time kecit diorang cakap muka cam papa..elok dah besaq..ada kata muka macam mama..tapi totally ramai yang kata muka cam papa ler..ada satu pix tu sejibik muka cam papa..nanti mama publish hokey.. lani ada pix time dia baby ja...aduhhhhh masa mula2 besalin tu..tengok2 muka anak kita..aduhaiiii rasa macam nk manyeh ja...kekadang terfikir..eh!! btol ker anak aku ni..eheheheh..bangger u...i dah jadi mama...
alalalalalala  sayang mama ni..kecit nonet jer..berat baby pon...2.66 jer...comeyyyyyyyyy sangatttttttttt!!!!!!

6/12/11

makan malam yang simple

amboi berseleranya syang mama makan...walaupun sayor bayam dengan sardin jer...hehehehe...
qis wif new hair..ehehehehehe..
mama mlas la nak pergi beli so mama decided masak simple2 jer malam tu...walaupun simple..tapi anak mama ni kemain selera makan taw..banyak juga qis  makan..seronok mama tengok..lepas lega demam ni..seronok mama tengok anank mama ni  sugguh berselera walaupun lauk simple2 jer...teruskan yer qis..biaq jadi gumuk lagi yer...badan kamoo susut banyak sangat time demam hari tu

ikan sardin cap ayam brand n sayoq bayam
lepas makan ja..terus g main kaler2 buku dia..kaler ker qis..or kamoo contengkan buku kamoo tu!!!!!!!.....jom tengok gelagat sikenit ni mengaler buku dia
acara conteng-conteng

boring la duduk..bangun plak la..dah la mama tak beli kusi.

haaaaaaa lega dok atas meja teruih!!!!

anak bertuah ish ish ish
hahahaha...alkisah la citer mama masak n peel qis...wasalam

6/10/11

dah sihat

syukur ALhamdulillah anak mama dah sihat..tapi lepas lega demam ni lagi banyak akai yer kamoo!!!!!!
tak pe..mama ikot jer apa yang kamoo mau qis...tapi jangan melebey plak yer..kang pijak kepala pulak budak ni..!!!!
qis demam kali ni memang amat merisaukan mama sebab lma..lepas tu demam tak kebah2 plak tu..kejap panas kejap ok..risau la..mama tak sanggup nak tengok anak mama sakit camtu...kalu buleh qis pindahkan sakit qis dekat mama pon mama sanggup..mana taknya..makn pon tak selera,susu pon tak nak,tdo pon tak cukup..auhhhhhhhhhhhh!!!!! sugguh mama tak sanggup melihat keadaan kamoo syang...datang keje pon tak senang....
sekarang mama bersyukur qis dah lega demam...yeyyyyyyyyyyyyyyyy
nanti kita ajak papa pegi main funfair dekat rumah kita yey qis!!!!!!!


dah sihat yeyyyyyyyy
but still pakaikan cool fever..nak bagi panas btol2 hilang

model mesin basuh & upin ipin

4/29/11

setiap sudut ada kamoo

as salam halo halo halo....dulu time bercinta henpon mesti ada gambaq awek ngan pakwe....dalam mana2 laman web sosial pon ada gambaq awek dengan pakwe dekat profile...bila bertunang letak gambaq bertunang pulak..bila kawen kemain lagi letak gambaq kwen...semua tu tak salah just nak kongsi citer ja...rasanya semua orang camtu kan...cuma 2,3 kerat ja tak layan mende cenggitu kan...kiranya kat mana pon kat tempat keja ka,dalam bilik ka,henpon ka,dalam walet ka..semua ada gambaq orang yang kita sayang kan... bagussssssssss2...tapi tu dulu time bercntan cinton..lepas kawen gambaq kawen still ada...lepas dapat anak sori la..dalam hp gambaq anak,dekat pc gambaq anak,dekat wallet gambaq anak..kira mna2 pon   ada   gambaq anak..hahahahhahahaha ni kaum somi2 kalu terbaca jgan la sentap plak yer...korang pon apa kurangnya...sama la kan..tak caya p survey tengok...


haha dalam rumah pin nak pakai helmet

dekat lappy murah

dekat cpu opis

wallpaper nset murah jorr

dekat pc kampeni
ha kan mama qis kata..asal ja dah ada anak..mesti pixs anak mau melekat kat merata-rata noh..korang camner.. kalu orang tengok mesti ckap ....macam la dia sorang ada anak....hahahahahahahaha abaikan jer...ngeeeee :-))))

4/8/11

family kechil

...i love my family u also love ur pameli rite....okey...kali ni n3 non ada
just nak paksa korang tengok pixs kami ja..muahahahahaha

flying kiss


sengeh time


2/10/11

penawar hatiku

Aku tidak mencari seorang lelaki untuk dijadikan kekasih, tetapi aku mencari seorang teman pendamping hidupku hingga ke akhir hayatku. Seorang yang boleh mengingatkan aku kiranya aku terlupa, dan yang paling penting lelaki yang amat aku percayai untuk mendidik anak-anakku kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti. Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi aku telah letakkan beberapa syarat bagi seorang lelaki untuk hadir dalam hidupku dan dialah orangnya.
Inilah orangnya penghibur, penawar aku tika duka….
ALLAH I WANNA THANK FOR EVERTHING..DOAKAN KEBAHAGIAAN KAMI HINGGA KE AKHIR HAYAT

penawar jiwa aku...