12/5/11

Kisah Si Pengemis

Di suatu hari, ketika sepasang suami isteri sedang duduk makan, datang seorang pengemis yang lusuh serta lapar meminta makanan:

"Tolonglah tuan, sejak semalam saya tidak menjamah apa-apa". Dengan muka yang bengis si suami menghalau dan menengking si pengemis itu.

Si suami berkata dalam hati " Aku membina kekayaan bukan untuk orang lain, tetapi untuk diri dan keluargaku". Si isteri ingin bersedekah tetapi tidak dapat berbuat demikian melihatkan sikap suaminya.

Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia menceraikan isterinya keranan tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian isterinya yang masih cantik itu berkahwin dengan lelaki lain.

Pada suatu hari, sedang si isteri dan suaminya mengadap makanan, datang seorang pengemis mengetuk sambil meminta belas kasihan. mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan.

Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis itu, si isteri menerkup muka sambil menangis dan berkata si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulunya pernah menengking seorang pengemis.

Suaminya yang baru itu menjawab dengan tenang "Demi Allah, akulah sebenarnya pengemis yang dihalau dan ditengking dulu."

Cerita ini memberi pengajaran bahawa hidup kita seperti putaran roda dan tidak selalunya di atas. Ada masanya kita akan turun ke bawah dan naik semula atau sebaliknya.
Bersyukur dengan apa yang kita ada dan jangan lupa pada insan yang tiada apa-apa. moga Allah redha.

11/29/11

SECRET OF BANTAL HAMPA..CER BACA TENGOK!!

1)       Memeluk Bantal

 Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa
seni. Mereka
mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap
lukisan, muzik dan sastera.
Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik.
Kadangkala ada yang
boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui
mimpi. Mereka
juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.



 2) Menggunakan Banyak Bantal

 Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam
kehidupan seharian
mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka
jarang membuat
keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan
pandangan orang lain.


3) Tidur Dengan Satu Bantal

 Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh
menerima keadaan
seadanya. Mereka juga membuat keputusan
berdasarkan fikiran dan
bukan nafsu semata-mata.


4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki

 Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang
bergaul dgn
org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini
menyebabkan mereka
cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar
menempuh jalan pintas
untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.


5) Tidur tanpa Bantal

 Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat
tinggi.
Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan
membawa kepada
sifat ego.


6) Tidak punya bantal
 KESIAN P LA BELI SEBIJIK BUKAN MAHAI PON...MURAH JA...RM 8.00 SEBIJIK..NGEEEEE...
JGN MARAH...



Paku di dinding hatimu

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat
mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.

Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.
"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.
"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita
ini, bagi melepaskan kemarahan mu"
jawab ayahnya. Pada hari yang
Pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu
tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya,
jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.
Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku
menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari,
dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.
Bapanya mengucapkan
tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu
satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku
tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut
kepada bapanya dengan bangganya.
Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata
"Kau
telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang
di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi
seperti sebelumnya
. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika
marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka
,
sama seperti ini.Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah,
tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu,
namun lukanya masih tetap ada
. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka
fizikal
. Sahabat adalah permata yang sukar dicari.
Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu
ke arah kejayaan.

Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan
sentiasa membuka hatinya kepada
kita.

wordless wednesday ## 3

                                                           tiga sekawan

qis,qistina,ayrel

jom race


mama jumpa semalam dalam beg qis..tat y la berat berat beg dia..ishhhh kalu boleh semua benda nak sumbat dlam beg comel tu...ish ish ish..senget bahu kang!!




lapaq...

As salam..lapaq lapaq lapaq.................
cepat la budak operation perot aku dah lapaq ni...dok nyanyi lagu apa pon aku tak tau!!
sementara aku dok nunggu bebudak operation balik..dengan rasminya aku membacuh secawan kopi dan mencicah biskut kering...exceli aku dah order mee goreng mamak...sedang tunggu dengan penuh kesabaran..

lunch time tadi dah mengcekik but still lapaq lagi..mana tak gumok..smpai orang nampak aku dah macam orang pretnet
ok fine..aku lapaq..malas la nak diet..klau aku diet degn cara  relax ja..tak ketaq kaki... ok!!!..akan aku teruskan..yang problemnya tak boleh...X BOLEH..

aku  akan jadi pakingsn...hmmmmmm....do i care!!

orite nak continue my job dan nak verangan mee goreng mamak yang bakal menjelma kejap je lagi kejap je lagi kejap je lagi...wahai perot sabar ok!!


cenggini gamaknya rupa mee goreng aku satg...
ok selamat bertea time....dan selamat berkerja

11/28/11

TERIMA KASIH PAPA

ENTRY KHAS BUAT PAPA

THANKS PAPA SEBAB BANYAK MEMBANTU MAMA..
LATELY MAMA MEMANG SIBUK DENGAN KERJA,KENDURI DAN RASA SEDIKIT TERABAI DENGAN KEWAJIPAN MAMA SEBAGAI SEORANG ISTERI...
TAPI PAPA TAK PERNAH MERUNGUT MALAH BANYAK MEMBANTU MAMA DARI SEMUA SEGI

MAAFKAN MAMA JIKA MAMA MENYUSAHKAN PAPA..MAMA TABIK SPRING DENGAN PAPA TAK PERNAH MERUNGUT  DAN MAMPU TERSENYUM DENGAN GELAGAT MAMA YANG SENTIASA SIBUK...HMMMMMM

TAPI BUKANKAH SALING BANTU MEMBANTU LEBIH  MENGERATKAN KASIH SAYANG??
BUKAN MAMA TAK SEDAR MAMA DAH ABAIKAN TANGGUNGJAWAB MAMA....
KEMARIN MAMA STILL KERJA ORANG LAIN PUBLIC HOLIDY MAMA KERJA..
BALIK KERJA DAH PENAT DAN TAK SEMPAT NAK LUANGKAN MASA BERSAMA PAPA DAN QIS....thanks sebab jadi houseusben...muahahahaha.

I LOVE U PAPA N QIS....

toys museum tanjung bungah penang

tengah dok kelebek album..tetiba jumpa gambaq p toys museum 2,3 bulan lepas kot..
makanya nak update la dalam belog mama qis..ni kan diary...dok sesaja boleh la tengok kenang kenangan g jenjalan kan!!

selama dok penang ni baru 1st pergi toys museum ...kesian dak...bukan apa time bercintan cintun takkan marka nak bawa p toys museum  kot!!    mana romantik..hahahahahah padahal tak tau pon..buleh tera tu!!..ekekekekeke....

banyak juga toys dekat dalam tu..tapi tak semua toys dalm dunia ni ada dlam museum tu....ada juga yang tak dak..mebi depa tak sempat nak follow up  dan pergi beli mainan baru.. contohnya sponge bob tak dak pon..sebab dia kata semua toys didunia ada dalam museum tu..hahahahahhahahaha
nampak nampak customer is always right yer!!!
ok ok..apepun enjoys la juga kami anak beranak yang jakun pergi tengok toys museum tu...
lets enjoys da pixs


























sekian.... :)