4/2/12

pandai berdikari sudey

wahh anak dara aku dah nak masok 3 tahun yer..bulan 9 ni cukop la umur qis 3rd
cepatnya membesar bak juara..tapi ayat membesar bak juara tak berapa nak sesuai dengan anak mak kot..
sebab anak mak renjong je lebey..membesar tu tak sngt kot..tapi ALHAMDULILLAH sihat walaupon tak bam bam

sekarang qis dah tak tdo sekatil sebantal dengan mama n papa dah..
dia sendiri yang cakap..mama adeq nak tidoq dlam biyek adeq la..biyek ni tak best....nak privacy gamaknya..ngeee..
tapi yang kelakarnya buleh plak dia kata biyek mama papa tak best...so mama pon ikot je la kehendak anak...

qis boleh tidoq asing..tapi mama plak yang tak bley..ngada kan!!.hehehehe....
sampai ke pagi qis tido dengan lenanya sampai terbongkang mama tgk tadi..ngee
langsung tak minta susu ke apa..jadi memang betol  la qis dah nak tidoq asing yer
ok  lepas ni mama kena beli curtain baru pinky2 ,cantik kan,..sebab sebelum ni bilik qis penoh dengan toys sampai berkotak2...
klau bilik cantek baru selesa tido  kan

tetiba plak mood nak cantikkan biyek qis ni..
hehehehe

menyelit lagi kan dah kena!!

pagi ni haku angin dengan sorang pok cik ni..tak bagus kan kalu angin dekat pok cik a.k.a orang tua..
aku  angin sebab on da way mai opis tadi,aku brenti dekat satu  traffic lite  tu..
depan aku tu memang ada keta.. aku nak kekanan,sesambil menunggu pak polisi bgi isyarat ternampak sorang pok cik naik moto disebelah kanan tenggilin aku ni ha !!..
mola2 tu nampak dia nak menyelit kekiri..tapi tak lepas sbb jarak antara tenggilin aku dengan kereta depan memang rapat..kalu selit pon kompom langgaq dengan bumper tenggilin aku punya...

lepas tu pak polisi  bagi isyarat sebelah kiri  boleh gerak..pok cik tu kelam kabut  jadinya...menyelit  juga walaupun tempat tu sempit...
aku hanya perhati dari dlam kereta ..sekali pok cik tu dok berusaha gigih..kedebommmmm!!! dia terlanggaq aku pnya bumper ,then buat muka terkejut beruk plak  then terus blah...

hangin la wey..takkan kot orang langgaq keta kita nak senyum and say tengkiyu beri mac!!! camtu ka?
aku punya bumper memang dah pecah cket..sebab aku memang champion bab nak bagi lingkop harta benda ni!!

sekarangn  pokcik tu  plak p langgar lagi..
sikalang dah jadi pecah banyak ...
so sekarang sapa nak ganti??
huhuhuhuhu diri sendiri la yang kena ganti jawapnya...
uuuwwwaaaaa....

p/s:: memey slah aku sebb jarak terlalu dekat..tapi pok cik tu pon dah tau jarak tu rapat tak payah la dok usaha gigih sngat nak menyelit!!!
kang dah tak berjaya jadinya...

4/1/12

spesel for kak nida

jeng jeng jeng
kak nida n3 spesel untuk kak nida...dulu dia jadi kedip2 serupa lampo disco..lani bila buka dia jadi blank plak....kesian kan kat sya...semuanya tak boleh..halai sungguh keja ngan kampeni ni..apa semua tak leh buat..
muahahahaha..dapt jepung beriman kot..ngeeeee
virus ka apa ni ek..sya pon tak tau..dulu ngaji tak sampai ketahap tera mera ni..
ngaji takat skulah pondok ja..so tak tau pa la jadinya...
hahahahahaha...

bila khai buka dia jadi blank lagu ni..gelap gulita jadinya..awat aih??

kena copy  n3  then

paste dekat email baru leh baca...

p/s:teruk sungguh noh nak baca blog ibu sofia ngan baby zainab ni..
tapi untie sugguh2 nak baca kan !
nak tgk muka khalifah ALLAH yang comel2 ni..

sebak bila menanggung rindu

baru aku tau bagaimna  perasaan  seseorang itu  menanggung rindu...memang perit sedih sebak semua bercampur baur..aku amat merindui my late grandma...siyes terlalu rindu..sampai aku terfikir dan tak logik dek akal..rasa macam nak p korek  kubor nak tatap muka my granda ma puas sepuas puasnya..gila kan??
im really miss my tok...rindu dengan suara dia,masakan dia,sambal belacan yang tak sma dengan dia kecuali my mom....
dulu aku selalu usik arwah tok..

sbbnya tok seorang yang kuat melatah..nakal kan aku.!!.sekarang dengan siapa lagi aku nak usik..??dengan siapa??? dengan siapa??
tiap kali balik kampong aku..hati  ni membuak-buak nak balik berjumpa dengan tok tapi pada hakikatnya tok aku dah meninggalkn dunia yang fana ni..
 TAPI aku sentiasa rasakan tok aku masih ada....ALHUAKBAR...

terlalu banyak kenangan antara tok dan aku..duhai tok..cucumu teramat merindui mu!!
moga tok sejuk disana
AL-FATIHAH...

 arwah tok sya yang cantik dengan my sista
tengok sporting kan dia..sya sayang tok sya!!

miss u like crazy tok..really miss u tok..semoga tok tenang disana..

3/28/12

cannot find server

cerita sedih ni..mai la rapat2 nak cita..banyak beloq2 pebret dah tak leh nak view  tau!!!
kampeni dah block
ada 2,3 blog ja leh view..
sedih tak..sedih tau..huhuhuhuhuhuhu
even kat umah ada tenet..tapi view pakai harta kampeni syiok tau..sebab curi -curi ..padan muka kan...




mama likha punya
  
mama likha jangan saman ceq noh..
for example ajer ni...
sebab belog mama likha pon ceq dah tak leh view

bbq nite 24/03/2012 sabtu lepaih

selemat petang semua murid ciku..amacam hari ni ada ukey  ka??
hahahahaha..dok merepek apa aku ni kan..
shhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhuuuuuuuuuuu
so aku nak la juga citer pasal hari sabtu baru2 ni..
PLC ada buat bbq dekat pantai cgate nu ha...
gila babeng punya meriah...larat tak meriah..mai muka cket punya cun(cunkah ) ..time balik belemoih serupa turun bendang
apapun memang happy la malam tu..semuanya sporting2 belaka..riuh rendah jadinya..
sampai ikan pon tak berani nak rapat..hahahahaha

aktiviti yang ada,lucky draw,makn epal,tiup gula-gula dalam tepong,fishing tournamnt...
walalweeeeee
meriah oullssss

lets enjoys da pict










meriah oulls..

3/22/12

susu iiham vs mamil gold

rasanya aku cam nak tukar susu untuk qis la..sekarang dia minum susu mamil gold...ni la satu2nya  susu  yang sesuai dengan qis..susu lain  qis tak nak okey..dah macam2 susu aku try tukaq..tapi dia tak nak..
lastly aku sedekah ja dekat orang lain..rugi duit mak kau tau..hahahahaha...



mamil gold

aku memang dah  lama tau  tentang susu ni..tapi si qis ni memang senstip sangat kalu aku tukaq susu
even dia tido pon..dia akan tau...

nak tau susu apa??

susu ni ha..sekarang memang dah berkenan tahap max dah..hopefully qis bleh terima susu ni






Semua Produk Ilham dihasilkan dengan rumusan seimbang dan disyorkan sebagai pemakanan sampingan untuk memenuhi keperluan pemakanan harian si manja. 
Susu Ilham mengandungi Terapi Al-Quran dan tidak boleh dilangkah.

TAHUKAH ANDA?

Susu

Susu sering kali bererti cecair berkhasiat yang dihasilkan oleh kelenjar mamari mamalia betina. Ia membekalkan sumber utama khasiat bagi anak yang baru lahir sebelum mereka mampu menghadamkan makanan yang lain. Ia juga diproses menjadi hasil tenusu seperti krim, mentega, yoghurt, aiskrim, gelato, keju, casein, protein gandum, laktosa, susu pekat, susu tepung, dan banyak jenis tambahan-makanan lain dan keluaran pengilangan. Susu akan basi jika dibiarkan terlalu lama.
Susu ibu diberikan kepada bayi melalui penyusuan badan, samaada secara langsung atau oleh diperah untuk diberikan kemudian. Susu awal yang dikenali sebagai kolostrum, dan mempunyai antibodi ibu kepada bayi. Penyusuan badan mampu mengurangkan risiko banyak penyakit kepada kedua-dua ibu dan bayi.

Komposisi dan khasiat

Komposisi susu banyak berbeza antara spesies kepada spesies; sebagai contoh kandungan susu lembu berlainan sama dangan susu kambing, yang mana seseorang yang merasa keduannya akan sedari. Faktor seperti kandungan laktosa, perbezaan kandungan dan saiz (globule) lepa lemak dan kekuatan (curd), dibentuk oleh enzim manusia menghadamkan susu, boleh berbeza antara mamalia dengan mamalia lain. Sebagai contoh:
  • Susu manusia cair dan kaya dengan laktosa, kebanyakannya gula.
  • Susu lembu lebih rendah kandungan gula dan tinggi dalam protein, dan mengandungi sekitar 3.5% hingga 6.5% lemak susu, 4% hingga 8.5% pepejal susu dan sekitar 88% air. Protien utamanya (80%) merupakan kasein, sementara protein whey membentuk bakinya.
Laktosa di dalam susu dihadamkan dengan bantuan enzim laktase dihasilkan oleh tubuh bayi. Bagi manusia, penghasilan laktasa menurun kearah dewasa (bergantung kepada gen seseorang), dalam kebanyakan kes sehingga tahap dimana laktosa tidak dapat dihadamkan, mendorong kepada ketidaktahanan laktosa, keadaan gastrointestinal yang terdapat kepada ramai orang.
Susu penuh mempunyai sekitar 634 kalori setiap liter.

Badam:

BadamBadam merupakan kacang istimewa yang menjadi makanan sampingan yang biasanya dimasukkan ke dalam coklat bagi meningkatkan kesedapan dan nilainya. Badam telah digunakan atau dimakan oleh masyarakat di Timur Tengah, Iran, Afghanistan, Pakistan & India, beribu tahun dahulu bagi tujuan meransang minda dan meningkatkan daya ingatan bagi tujuan penghafalan al-Quran, Hadist dan pelbagai ilmu.
Sebagai contoh penyelidikan yang telah dibuat, hampir semua kanak-kanak, remaja, orang dewasa serta warga emas yang menghafal al-Quran, Hadist dan pelbagai ilmu di sekitar Pakistan & India, mereka telah mengambilnya sebagai salah satu sumber makanan tambahan bagi tujuan meningkatkan daya ingatan bagi tujuan hafalan dan menjaga ingatan. Penyelidikan ini termasuk juga ahli akedemik & golongan professional di sana, kerana mereka sudah menjadikan pengambilan tersebut sebagai amalan harian.
Pakistan dan India telah banyak melahirkan para saintis, pakar perubatan dan para juga alim ulamak yang pakar di dalam ilmu al-Quran & Hadist yang layak diberi gelaran Sheikul Hadist sehingga diberi kemuliaan oleh ALLAH untuk mereka mengajar di Mekah dan Medinah. Sudah menjadi kebiasaan di Pakistan dan India sekiranya kita terjumpa pakar-pakar perubatan, saintis, pakar teknologi maklumat, pakar jurutera serta golongan professional yang menghafal a-Quran & Hadist.
Menurut pakar-pakar pemakanan, badam merupakan sumber makanan untuk kesihatan kerana khasiatnya yang pelbagai. Badam mengandungi 20 kali lebih banyak protein jika dibandingkan dengan bijirin lain. Kandungan lemak dan kabohidratnya tinggi dan ianya mengandungi sumber gula yang tinggi.
Menurut kajian kandungan vitamin B dalam badam mengatasi kandungan vitamin di dalam telur. Kandungan kalsium juga mengatasi kandungan khasiat susu dan dan kandungan fosforusnya melebihi kandungan fosforus di dalam keju. Kanak-kanak juga amat sesuai memakan badam kerana khasiatnya dapat membantu pembesaran mereka, selain membina tulang dan gigi. Sementara kepada orang dewasa pula ia dapat membantu menyihatkan jantung mereka.

Kurma:

Kurma
Kurma adalah sejenis tumbuhan yang dikenali dalam bahasa saintifik Phonex Dactylifera. Kurma mengandungi lebih 50% glukosa dan ianya dapat diserap oleh badan dan mampu memberi tenaga yang segera dan konsisten kepada kanak-kanak. Kurma juga mengandungi serat, amat baik untuk mencegah sembelit dan memudahkan pembuangan air besar.

Kismis:

KismisImam Zuhdi berkata: “Sesiapa yang ingin menghafal Hadith hendaklah ia kerap memakan anggur kering”
Kismis mempunyai banyak khasiat pemakanan seperti mineral, serat dan vitamin yang merupakan nutrisi penting untuk badan. Dalam Islam, kismis sudah lama disarankan untuk pemakanan kanak-kanak kerana ia adalah makanan tambahan yang mampu merangsang minda dalam melahirkan generasi genius. Menyedari kebaikan kismis dan kemampuannya menjadi snek dalam makanan kanak-kanak, masyarakat Barat turut mula mengambilnya di dalam diet seharian mereka.