6/22/11

rahsia jari anda

PELAJARI RAHSIA PENYAKIT MELALUI JARI ANDA!!!!!!!Asas 5 jari

Jari telunjuk :
usus
Jari tengah :
Jantung
Jari Manis :
Imuniti

Jari kelingking :
Rahim/Tulang Belakang

cuba anda lihat pada ruas jari2 anda...Kalau ruas jari kehitaman tu maknanya
badan kita ni penuh dengan racun dan toksik.perkara tersebut boleh
menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.

seterusnya, kalau kita sebagai seorang wanita, cara untuk tengok system
dalaman perempuan kita pulak, adalah dengan melihat pada jari kelingking
kita.kalau jari kita meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur,
keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim kita jatuh.

Kalau tapak tangan berbintik maknanya masalah angin.cube cek tapak tgn
masing2, kalau yang suka marah2 tu mungkin angin dalam badan banyak.sebab
itulah selalu rasa nak marah dan naik angin aje.

selain itu, pernah tak sahabat2 mengalami masalah tapak tangan berpeluh atau
lembab ke???
jika ya, itu tandanya badan kita mudah diserang sel2 kanser.

jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami
masalah resdung, alergi, dan penyakit paru2.sekiranya, perut ibu jari ada
urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastric.

selain itu, urat biru /hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan,
sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress atau
tekanan dalam kehidupan sehariannya..

seterusnya,ini saya kira yang paling menarik untuk kita tengok sekiranya
kita sebagai seorang wanita.cuba sahabat2 tengok pada kuku setiap jari
anda..jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda bermakna
anda mengalami hormon yang tidak seimbang.

.tapi berlainan pulak sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna
putih itu hanya pada ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang
sihat..insya allah...
ITULAH SAHAJA YANG SAYA PELAJARI MENGENAI RAHSIA PENYAKIT DI SEBALIK TAPAK
TANGAN
....wallahu`alam
....
(sama2 kita renungkan ini: Ramai manusia yang mengorbankan kesihatan pada
satu ketika untuk mendapatkan wang ringgit,tetapi akhirnya terpaksa
mengorbankan wang ringgit untuk mendapatkan kembali kesihatan yang hilang)
~
MORAL: JAGALAH KESIHATAN KITA..IA ANUGERAH YANG TIDAK TERNILAI DARI YANG
MAHA ESA
....:-)~


kasih ibu kasih bapa


"ADA MANUSIA YANG SEMEMANGNYA DILAHIRKAN HEBAT, TETAPI RAMAI ANTARA KITA YANG TIDAK MENYEDARI BAHAWA SEBENARNYA KITA JUGA MAMPU UNTUK MENJADI HEBAT, KEHEBATAN MEMBOLEHKAN KITA DIKENALI, DAN YANG PALING PENTING KEHEBATAN MEMBOLEHKAN KITA DIHORMATI !!!" ...

  Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera...
Abah berwasiat supaya kubur abah dan mak jangan dijadikan mangsa
"penebus rasa bersalah" anak-anak.


Maksudnya begini:

Semasa ibu dan bapa masih hidup, anak-anak mengabaikan tanggungjawab mereka atas pelbagai alasan (sila rujuk kitab-kitab muktabar tentang
tanggungjawab anak terhadap ibubapa) - alasan sibuk dengan urusan dunia yang tak akan habis sampai bila-bila, sibuk dengan urusan anak,
isteri/suami masing-masing, sibuk dengan itu dan ini, hingga lah "tiba-tiba" salah seorang atau kedua-dua ibubapa mereka diperintah Allah
untuk kembali kepadaNya... ..

(sebenarnya tak ade kematian yang mengejut atau tiba-tiba - setiap kematian itu telah dirancang Allah lama sebelum manusia itu dijadikanNya. ...
"tiba-tiba" itu hanya "tuduhan" manusia kerana bukankah kita rasa seronok hidup!

Dalam kesedihan kerana kematian mereka, timbul lah rasa bersalah si anak kerana telah mengabaikan mereka semasa hayat, maka dilakukanlah
perkara-perkara seperti berikut:

1. upah orang bacakan Al Quran 40 hari, 40 malam (anak tidak pulak membacanya kerana maklum lah sibuk belaka....)

2. upah orang bina kubur yang tercantik dan terhebat ("mak/abah memang patut diberi penghargaan ini kerana jasa mereka kepada aku"...)

3. tabur berbagai-bagai bunga atas kubur ("aku sayangkan mak/abah"... walhal semasa hidup mereka, sekuntum bunga pun tidak pernah dihadiahkan! )


4. cetak kitab Yaasin
(siap tulis kat kulit depan "sempena kematian ibu/bapaku tersayang... .") dan edarkan kepada masjid - macamlah surau dan
masjid tak cukup-cukup kitab Yaasin


5. buat kenduri panggil "orang masjid" bacakan doa tahlil (maklum lah, anak tak sempat mendoakan ibubapanya. lagi pun "doa orang masjid ni lebih berkat"....)

6. buat pelbagai kenduri "hari peringatan ke-3, ke-7, tahun ke-47....." kematian ibubapa

7. sedekah pisang kat masjid......

8.. buat upah umrah setiap tahun
(walhal dulu semasa hayat mereka, langsung "takde bajet nak hantar mak/abah gi umrah"; lagi pun keperluan
umrah itu hanya sekali sepanjang hayat sahaja!)


Selepas itu boleh lah si anak tidur lena dan sempat pula membidas adik beradik lain dengan berkata,
"aku dah tunaikan tanggungjawab aku pada
bapak/mak. Kau tak buat ke?"


Abah panggil semua ini sebagai
"sindrom penebus rasa bersalah"- kerana " dulu aku tak buat semua itu, maka sekarang aku dah buat semua ini, jadi
aku tak bersalah lagi!".....


Kalau inilah yang bakal terjadi kepada abah dan mak, maka abah berwasiat di sini,
TAK PAYAH LAH anak-anak abah bersusah payah membuat pelbagai
justifikasi dengan sindrom penebus rasa bersalah
.... . memadai lah diselitkan satu ayat yang tak sampai satu nafas nak menyebutnya - "
Ya
Allah, ampunkan lah ibu bapa ku"
. Takde belanja wang ringgit, tak payah cari orang, tak payah susahkan diri.

Sempurnakan solat (wajib untuk penebus diri sendiri masing-masing) dan doa lah meminta apa-apa dari Allah (untuk mendapat penebus diri sendiri
masing-masing) dan selitkan lah ayat di atas(sebagai penebus diri sendiri dan untuk keselamatan ibubapa di alam barzah dan alam akhirat).

Abah doakan apa-apa amal jariah yang abah dan mak lakukan dan apa-apa ilmu bermanfaat yang abah dan mak ajarkan kepada sesiapa pun dan diamalkannya -
agar semua ini diterima Allah sebagi pelaburan kami di akhirat. Semoga
semua anak-anak yang lahir
dari sulbi kami menyempurnakan janji-janji mereka kepada Allah untuk menjadi hamba-hambaNya yang beramal soleh. Itu
lah 3 harta yang akan mengiringi kami ke kubur dan tinggal kekal menemani kami sehingga kiamat...... ..


Ambil iktibar dari lampiran di bawah.

Larangan dari Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam: Dari Jabir radhiyallahu 'anhu, dia berkata, "
Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa
sallam telah melarang kuburan dikapur (di simen), dijadikan tempat duduk, dan juga didirikan bangunan diatasnya.."


(Hadith Riwayat Imam Muslim)


Dan membawa bunga-bungaan / jambak-jambak bunga dan seumpamanya bersama jenazah adalah diharamkan
yang menular di kalangan orang-orang Islam
kerana mengikuti adat-adat orang kafir dan Melayu kuno dalam upacara-upacara jenazah mereka. Juga kerana perbuatan tersebut boleh
mensia-siakan harta tanpa faedah dan memberi makna bermegah-megah dan berbangga.


Manakala hukumnya adalah haram jika kubur dibina menggunakan marmar (marble)
dan seumpamanya, kerana amat berlawanan dengan ajaran Rasulullah
shallallaahu 'alaihi wa sallam, juga kerana terdapat pembaziran harta yang ditegah syarak serta terdapat sifat bermegah dan menunjuk yang amat dimurkai Allah subhanahuwata' ala.

Ali bin Abi Talib radhiyallahu 'anhu berkata kepada Abi Hayyaj Al-Asadi,

"Tidakkah kamu mahu aku utuskan kamu untuk melakukan perkara yang aku diutuskan oleh Rasulullah untuk melakukan? Kamu hendaklah meruntuhkan
semua berhala dan meratakan semua kubur yang ditinggikan orang."

(Hadith Riwayat Imam Muslim)

P/s- So jangan la jadi anak yang tidak kenang budi...Selalu kata tak sempat lah...apa lah..tapi buat benda-benda pelik banyak masa...esok kita pun akan ada zuriat dan hidup ni mcm roda gak...lu buat orang so lu kena la plak...
__._,_.___
.
__,_._,___

6/20/11

today:::mama qis angry tahap dewa

gerammmmmmmmm!!!!!!!!!
kenapa la hari ni rasa macam nak telan orang ja...kenapa kaum hwa selalu dipelaku macam toya ja..kaum jantan dok goyang(lu pk la sendiri)
kami ni kaum hwa hampa ingat tak dak keja ka...kami balik awai sebab ada anak kat umah..nak kena tengok depa juga...kenapa nak perhambakan diri ditempat keja sedangkan keja dah tak dak..so balik la...nak makan gji buta pon berpada2 la..takkan nak balik 2,3 pagi kot..satg tak pasal2...anak tak kenai mak!!!!!
aku gerammmmmm niiiiiii
hampa pon kuli serupa aku juga aih...bukannya gaji 10ribu 20 ribu pon....ni toya..hampa pon kuli tak payah nak suruh orang dok rotate keja..kami tau apa yang kami buat...
hampa kaum jantan keja semakin berkurang..kami yang kaum hwa ni keja belambak tak padan dengan gaji..ada bos pon cam toya...macam mana jepun buleh amek dia jadi bos..sebab dia bukan ada experience pasai manager pon..dia tu purchasing ja..disebbkan warna kulit ...dia buleh jadi bossss!!!!
aku rasa syang la belog aku ni..dikotori  dengan maki hamun...tapi kat cni la tempat untuk aku meluahkan perasaan selain mmber2....
kalu la  dalam prosedur... bulah gadoh dengan boss..aku la orang pertama nanti buat..woiiiiiiii chanh hau siauu!!!!!!!
boss yang bengap...memang hang tension kan dengan aku..sebab tak pernah hormat hang sebagai bos,...sebabnya...hang sememangnya lalang besaq....
hang tu nama ja bos cuba jepun tanya,, cmna flow keja aku...kompom hang melopong tak dak tau punya..yang hang tau..dok dekat warehouse tongkat dagu ats kotak..yang tu ja hang tau!!!!!!!

minta rm10 tak bagi kena hampot!!!!!! samdol punyer penyangak!!

citer ni bukan aku mereka..tapi memang terjadi dekat diri aku pada hari sabtu baru2 ni..
citer dia camni..mai rapat2 aku nak citer....
xceli aku nak  pergi attend kenduri...so pakat2 la set dengan mummy mia  n baby penang nak p makan pree tu..sapa tak suka  makan pree kan!!!!..aku pi tak bwa anak n somi aku pon...sebab plan dengan depa lepas makan kenduri ada hal nak kena settle..so malas la nak bwa somi n anak aku...
aku selaku driver pergi la jemput mummy mia dulu.. rumah dia dekat dengan area petronas ja..so aku pon tunggu la mummy mia kat petronas tu...sedang aku tunggu mummy mia yang terkedek2 macam sipot sedut nak mai..ehehehehe..
aku ternampak  la gelagat sorang laki ni..dia ada cakap2 dengan satu perempuan ni...kebetulan perempuan tu pon nak isi minyak...aku perhatikan je ..jauh dia dalam 200 meter camtu LA..
lepas dia ckap tu tetiba dia mai kat tenggili biru aku....dia suruh aku buka tingkap tapi aku tak nak..lma jga dia dok suruh aku buka tingkap..aku ushar la dekat2 dia kot2 ada pegang something..then aku buka cket ja..lepas tu dia cakap jangan takot..dia bukan  orang jahat(takkan jahat nak ngaku jhat)..ok fine...
aku pon dengaq la dia cakap..... camni la  lebih kurang perbualan kami
laki tu::as salam
aku:;wasalam
laki tu:adik, sya nak minta tolong..sya kekurangan rm10..buleh tak adik bagi kat sya..sya nak p hospital pantai..motor plak..rantai putus...saya kekurangan rm10..sya nak p tengok orang sakit kat pantai ni
aku::maaf la pakcik sya tak dak la rm10..sbb sya pon dok tunggu mmber sya nak p amek duit ni!!
laki tu..ni!!!!!!(dengan perasaan marah) kalu rasa tak mau bagi..habaq ja tak mau bagi..jangan dok cakap kata tak dak..sya tak suka orang menipu!!!!lepas tu dia dok ckap apa ntah bla bla bla..

aku terus tutup tingkap..pas tu tengok mmber aku dok terkedek2 jalan masok dalam keta...apa lagi aku habaq la kat mmber..tengok2 orang tu..mai minta duit kat sya,,,

hampa pelik ka tak??
laki tu cakap dia kata rantai motor dia putus...so mesti  moto dia tak buleh jalan ..
lepas ja dia minta duit kat aku..aku memang tak pandang dia dah..meluat!!!!!
mmber aku  ja tengok laki tu,,  dia dah blah ..dengan sekelip mata ja..amboiiiiii!!!!! lajunya hang tolak moto..nampak sangat menipu...
dia kata aku menipu...dia lagi penipu besaq!!!!!!

pasai pa aku kata dia menipu?????
seseorang kalau dalam keadaan sesak nak gunakan wang
kalu dia minta duit kat spa2 then tak nak bagi..aku rasa dia just cakap tak apa..
ni tak!!!!!!kena hampot lagi ada la..nampak sangat menipu!!!!benda ni banyak kali terjadi kat aku..dulu ada juga..aku kuar dating kat gurney @ padang kota..mesti ada dok minta duit..ada kalanya  aku bagi ada kala aku tak bagi..depend la..aku tengok situation dia camna..ada sorang tu..minggu ni dia mai minta sedekah..so aku bgi..dia cakap anak dia sakit..ok!!!! aku bagi
lepas tu minggu yang berikutnya dia mai pulak..minta sedekah lagi..laki aku cakap la..aiiiiiiikkkk bukan minggu lepas minta dah ka??
dia teragak2 nak jawap...tau dia cakap pa..arrrrr anak sya dah mati..YA ALLAH..Aku pon tak tau la dia cakap betol ka tak!!!!..HNYA Allah ja yang tau perbuatan korang...kalu dia tu cacat tu tak pa la..mesti patot kita tolong kan...ni sihat tubuh badan siap ada moto segala...ishhhhhhhh manusia manusia....

p/s::nampak macam aku ni selfish kan time masa laki tu minta duit walaupon rm10...bukan macam tu..aku takot sekarang ni kan macam2 benda dok jadi,simbah asid,rompak..satg tak pasal2 aku tengah buka wallet..dia nampak duit trus rompak aku ka..tak ke naya...
dah la aku sorang2  ja perempuan..bahaya bahaya bahaya

hijaucantik 2nd giveaway


yeyeyeyeyeyeyeyeyeyeyeye nak join giveaway dari oren buah oren ni la
meh kita tengok syarat2nyer   okey!!!!
Terma dan syarat:
i) Khas untuk ibu/emak/ummi/mama/bonda yang mempunyai cahaya mata sendiri berumur 1 tahun hingga 7 tahun sahaja.~ok~
satu entry bertajuk 'Hijaucantik 2nd Giveaway' lekat banner di atas.
iii) Nyatakan:
Nama ibu/emak/ummi/mama/bonda:~ nama mama::kyra~rumur 1 tahun hingga 7 tahun:        ~buat masa sekarang sorang jer  nur raihana qistina binti razman...~
bermula pada 20.06.2011 hingga 30.06.2011.

Senang je kan?. Berusaha semua.
5 pemenang (Ibu/emak/ummi/mama/bonda) akan dipilih secara cabutan dan akan diberi hadiah.
Sebarang perubahan akan diberitahu kemudian ;)
* masukkan Auni's Journal (http://orencantik.blogspot.com)  sebagai bloglist anda, untuk mengetahui perkembangan selanjutnya. Terima kasih =)
* follower atau pembaca It's Umi Journal (http://hijaucantik.blogspot.com) lebih diutamakan.

6/17/11

6 Perkara Allah s.w.t sembunyikan

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:


"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."


Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak" Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang
bermaksud.


"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu Aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"
Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.

Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat Jibrail as selama 3000 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....."


Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan...
Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu:

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam
Kalau rajin... Tolong sebarkan cerita ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain agar menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia...

6/16/11

PLC buat makan derian pree!!!!

selamat hari jumaat yer semua.hari jumaat adalah penghulu segala hari yer..ni entry mola untuk hari jumaat ni...(oit sat sat sat)blurpppppppp belahak bau derian satu opis haih...kemarin punyer penangan makan derian plc sponsor tak abeh lagi aih......berkattttttttttttt!!!!!!!!!!!hehehehehehe..tak senonoh la mama qis ni....
kemarin kampeni buat makan2 derian kat opis..perggggggghhhhhhhh best wey makan pree ni..nak pulak derian2 semua elok2 maneh,lemak,perfect la pendek kata....mau juga aku bedai banyak biji tuuuuu!!!..hehehehe..almaklum la benda pree ni.. mesti la  wajib..bukan sunat atau harus ,,wajib hokeh!!!!wajib membedal 3,4 biji hahahahaha...
xceli aku dah lama mengidam nak makan derian ni..tengok2 kampeni buat makan derian..aduhhhhhhhh nikmatnya terasa sampai ke hari ini...memang mabeles la...tima kasih plc..penang logistics center(aku takot hampa tertanya-tanya apa menatang plc ni)
sebab mengsponsor derian yang super duper mabeles ni..next time buat lagi okey!!!!!!i like............*-*


ecececece mat nasir..cumelnyer wat muka lagu tu

tak payah guna kapak gg pon buleh

tu dia....pose yang menyengat

ratu kertu plc

macam ponen dah aku tengok pompuan tu!!!!

abg cik cukop2 la..ujan pon tau brenti!!!

aksi geli kami

keri tengah melapah derian sambei disaksikan jejaka plc

guna gg pon bisa doh!!!
korang kalu nak tengok lebih lagi pix gediks plc..jom la terjah depa ni..
si manis mummy mia n bbpenangsempoi

6/15/11

~CARA2 MAKAN LAKSA~

Sediakan seplastik laksa yang dibeli dari makcik juai laksa bukan juai bihun ok!!!! laksa laksa paham!!!!!!..laksa dan kuah satukan yer..then masokkan straw kedalam plastik yang mengandungi laksa dan kuah ,hirup kuah laksa menggunakan straw..
ok..then dah abes hirup kuah laksa menggunakan strow..abeh dah kan?...tinggai isinya jek pulak...korang pegi ke sinki atau rembat air sesape..then korang basuh bucu plastik tu...bucu  plastik tu korang gigit macam tikus mondok then makan isi laksa tu dengan lahapnya..lepas abeh makan laksa tu dengan cara yang unik ni...pegi cepat basoh tangan n mulot korang..dah comot bebenor aku nengoknyer!!!!!!!!!
ekekekekekekekekekeke............


okey cakap penang balik..dah rasa macam terbelit lidah aku cakap keyyyyyy ellllllll ni..
hampa dulu sekolah mna?????kampong ka bandaq..aku dulu sekolah kampong..tu pasal la makan laksa tak guna pinggan tapi guna plastik....
teringat lagi aku time balik sekolah dulu2...sebelum nak balik mesti kena spare duit buang 3 kupang habuan nak beli laksa satg..sambei kayoh gerek ramai2 buleh la makn laksa cenggitu..hehehehehehe..pelik kan..tapi nikmaaaaattttttttt ooooooo makan laksa camtu..yang herannya tak tersedak pulak dok hirup kuah laksa  guna strow..hahhhhhhhhh terrer  tak kami?????
lama dah tak makan laksa guna strow...kalu lani mau tersedak makan  laksa lagu tu...tak pon orang cop mereng!!!!ekekekekeke...syok la time kecit2 dulu..rasa macm nak panggei tok doraemon ja..mai putaq masa jadi kecit2 balik!!

6/14/11

~kasih ibu~


"Nurse, boleh saya tengok bayi saya?" ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat.  
Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang  masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuan.  
Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.  
Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup  mengembirakan si ibu.  
Masa terus berlalu...  
Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan.  "Mereka kata saya cacat," katanya kepada si ibu.  
Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk dan memujuk. Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. "Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma," kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.  
Setahun berlalu...  
"Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan," kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta  bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.  
Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.  
"Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata si anak berkali-kali. "Tak mungkin," balas si ayah. "Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan  tiba." "Bila?" tanya si anak.  
"Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.  
Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si  anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.  
Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.  
"Ibumu tidak pernah memotong  pendek rambutnya," si ayah berbisik ke telinga anaknya. "Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya... tanyalah pada sesiapa pun kenalannya."  
Ps :  
Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui.  
Selagi ibu kita  ada didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah "SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU", penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya ada,curahkanlah sepenuh kasih sayang  kepadanya..  
"Saya Sayang Ibu"