2/3/11

kecundang kerana cinta

Astagfirullah! . Aku beristigfar berkali-kali. Sesungguhnya aku
tidak sendiri. Allah bersamaku. Allah mendengar keluhanku. Allah
tahu resah dan gelodak yang melanda jiwaku. Allah tahu
semua itu. Aku sujud panjang, memohon istighfar. Air mataku mengalir.
Aku terlena di atas sejadah. Tubuhku benar-benar letih. Sudah hampir
sebulan aku berada dalam keadaan tidak menentu. Makan minumku
sekadarnya. Tidurku dihantui mimpi-mimpi ngeri. Hari-hariku penuh kesedihan
dan kekecewaan. Emosiku terganggu… .. Fikiranku mengimbau peristiwa
lama itu…..

Suamiku yang menunggu di luar tidak sabar menanti jawapan. “Macam mana?”
tanyanya. “Abang nak atau tidak?”. “Mestilah nak!”. “Kalau abang nak…..adalah!”. Dia mengucup
dahiku. Pelukannya erat.Aku gembira.Dia gembira.Tuhan, syukurlah atas nikmat ini. Aku tahu dia
amat saying padaku. Seperti sayangku padanya. Dan seperti kasih
kami kepada janin dalam rahimku. Dia menjagaku sebaiknya. Makan minumku, sakit
peningku.Dan segala-galanya. “Doalah, semoga anak kita jadi anak yang baik,”.
Hari-hari itu yang diingatkan padaku. Aku pun ingin memiliki anak yang soleh,
yang luhur pekertinya dan teguh memegang syariat Allah s.w.t pada akhir
zaman. Lalu hari-hari kubisikan kepadanya kata-kata yang baik.
Biarpun dia masih di dalam rahim. Aku pasti ada pertalian yang menghubungkan aku
dengannya. Aku nyatakan harapanku dan saban hari bibirku tidak kering
melagukan ayat suci Al-Quran. Surah Yasin, Al-Luqman, At- Taubah, Yusuf dan
Maryam telah sebati dalam pengalamanku. Sebelum melelapkan
mata, suamiku akan mengajarnya membaca Al-Fatihah. Dan alangkah
gembiranya hati bakal ibu apabila janinnya bergerak-gerak, memberi tindak
balas pada kalimah tayyibah yang diajarkan. Akhirnya dia kulahirkan setelah
melalui kesakitan antara hidup dan mati. Terubat hatiku melihat senyumannya.
Dia banyak menyalin rautku. Berkulit cerah dan
berwajah bujur sirih. Paling seronok melihat lekuk di kedua belah pipinya bila
dia tersenyum. Nur Amana, nama pilihan suamiku. Menggabungkan maksud
cahaya Ilahi yang menaungi setiap sudut hidupnya. Penuh barakah dan rahmat. Biar dia
menjadi wanita terpuji. Memiliki iman setinggi iman Siti Fatimah az-Zahra, puteri
Rasullulah s.a.w. yang terunggul. Dan membesarlah dia dalam limpahan kasih sayang aku dan
suami. Takdir Allah s.w.t. menyuratkan kami tidak memperoleh anak lagi selepas kelahirannya.
Pelbagai usaha kulakukan, namun barangkali puteri seorang itu sajalah amanah yang perlu disempurnakan sebaiknya.
Aku akur. Suamiku tidak banyak bicara. Ketentuan Allah adalah sesuatu yang mesti diterima
dengan reda. Nur Amana anak yang bijak. Tidak sekadar memiliki kecantikan lahiriah,
akhlaknya terpuji. Tutur katanya mendamaikan jiwa. Bila dipandang menyejukkan hati. Tidak pernah sekalipun
mengangkat suara pada orang tua. Malah kata maaf sering diucapkan bila terasa lakunya
menyentuh hati oranglain. Saat paling menyedihkan bila sepucuk surat bersampul coklat tiba pada
suatu tengahari. Detik perpisahan bertemu jua. Nur Amana yang cemerlang dalam pelajaran ditawarkan melanjutkan pelajaran
ke Amerika Syarikat. Pun begitu demi masa depannya kami merelakannya. Seperti suamiku, aku yakin dengan ilmu Islam yang diterapkan dalam jiwanya dia mampu menangkis segala unsur jahat. Aku pasti Nur Amana akan terus teguh. Menjadi
ikan yang tetap tawar biarpun hidup di lautan masin. Lalu hari-hariku diulit rindu yang dalam. Terkenang telatah manjanya, senyumannya, rajuknya, dan bila menjamah hidangan tengahari tersentuh hatiku, teringat dia yang jauh
dirantau orang. Namun, rindu terubat juga bila sekali sekala suratnya menitip berita, menyatakan rindu dan kasih tidak
terhingga. Lima tahun di negeri orang, Nur Amana kembali dengan kejayaan membanggakan. Air mataku menitis. Jauh di sudut hati, aku berbisik semoga anak inilah yang mendoakan kesejahteraan ibu dan bapanya
bila hayat berakhir nanti. Dan di luar dugaanku, pulangnya Nur Amana membawa satu perubahan yang
ketara. Dia berjilbab kini. Seluruh tubuh termasuk wajah ditutup dengan kerundung gelap. Pun aku bersyukur kerana
perubahan itu menjurus kepada kebaikan. Seperti suamiku, aku tidak membantah. “Di sana terlalu banyak fitnah,
Ma…,” beritahunya suatu hari bila kutanya apa
yang mendorongnya memakai purdah. Aku pun menyedari, kemungkaran yang memenuhi negara
kafir tempat Nur Amana menuntut ilmu itu. Alhamdulillah, kerana Nur Amana mengambil langkah bijak. Cuma saudara mara banyak membantah. Katanya, dengan keadaanyang seperti itu, Nur Amana sukar mendapat pekerjaan nanti.
Rugilah kelulusan tinggi yang diperolehi. Tapi Nur Amana Cuma tersenyum mendengar pertentangan- pertentangan itu. “Jangan bimbang Ma, pasti ada rezeki untuk hamba Allah yang memegang syariat-Nya, ” Nur Amana memujukku. Dan
hatiku berbunga lega. Benar seperti kata-katanya, tidak sampai sebulan pulang dari Amerika, Nur Amana mendapat kerja
di sebuah syarikat di KualaLumpur. Aku tidak begitu tahu tentang tugasnya, tapi menurut Nur Amana sebagai eksekutif. Dan kehidupan kami berlangsung seperti biasa. Hilang sudah rindu membaraku. Nur Amana berada di sisiku
kini.Hari-hari berada di depan mata. Cuma beberapa bulan kemudian, sikap Nur Amana mula
berubah. Dia menjadi pemurung, jarang bercakapdan sering mengurung diri dalam kamarnya. Keluarnya bila ke tempat kerja atau bila kuajak makan bersama. Itupun kadang-kadang dia menolak. Beberapa kali aku
cuba mencungkil isi hatinya. Kenapa tiba-tiba dia berubah laku. Pun aku tidak berjaya. Nur Amana cukup bijak mengelak dan menyembunyikan. Sehinggalah suatu hari aku dihubungi oleh seseorang, katanya Nur Amana
telah menghantar permohonan ke mahkamah untuk menukar agama kepada Kristian. Bergegar jantungku. Suamiku terdiam
lama. Ketika itu Nur Amana tiada di rumah. Katanya out-station di Singapura selama seminggu. Aku dan suami mengambil langkah berdiam diri dahulu. Cerita sebenar perlu diperolehi oleh Nur Amana sendiri.
Bagaimana mungkin orang itu boleh membawa khabar itu, kalau tidak ada apa-apa? Apa sebenarnya yang dilakukan oleh Nur
Amana sehingga timbulfitnah yang sebegitu besar? Persoalan demi persoalan menujam diri menjadikan aku gelisah menanti kepulangannya. Kepulangan Nur Amana kusambut dengan air mata yang entah untuk apa.
Yang pasti hatiku cukup bimbang. Cenderamata dari Singapura dihadiahkan. Sehelai kain sutera berwarna ungu
yang cantik. Pun bagiku ia tidak bernilai apa-apa. Suamiku menggesanya cepat membersihkan diri supaya dapat solat
Maghrib berjemaahbersama. Tapi, Nur Amana, memberi alasan letih dan meminta aku dan suami solat dahulu.
Bila azan Isyak berkumandang, sekali lagi suamiku mengetuk pintu kamarnya mengajak Nur Amana solat bersama. Dan sekali
lagi juga Nur Amana menolak dengan alasan dia sedang menyiapkan kertas kerja penting. Satu alasan yang
tidak pernah dilakukan olehnya. Nur Amana yang kudidik tidak pernah melengahkan waktu solat. Tidak pernah
mengutamakan kerja lain dari solat. Tapi mengapa hari ini begitu? Mataku dan suami bertentangan.
Pun kami cuma membisu. Bersabar dan menunaikan solat Isyak terlebih dahulu. Selepas solat kulihat Nur Amana ke dapur,
mengisi perut yang berkeroncong. Tadi, kupanggil dia makan bersama tapi beralasan letih.
Kecewanya hatiku dan suami. Selepas makan, Nur Amana menolak
pintu bilik lagi tapi cepat suamiku memanggil. Nur Amana duduk dihadapanku. Dia kelihatan bersahaja. Gadis yang baru mencecah 24 tahun itu kulihat semakin manis. Wajahnya lembut. Matanya redup. Bibir merah jambunya
yang cantik sering mengukir senyuman. Soalan pertama diajukan oleh suamiku. Nur Amana tersentak.
Dia menafikan sekeras-kerasnya. Katanya itu
cuma fitnah orang yang benci melihat kejayaannya. Hatiku lega. Nur Amana, anakku masih
memelihara agamanya. Sebulan kemudian, aku dihubungi lagi. Permohonan Nur Amana
untuk menukar agama telah diluluskan. Sekarang Nur Amana berada di Kota
Kinabalu, menghadiri persidangan penganut agama Kristian sedunia. Darahku berderau.Sikap Nur Amana yang mencurigakan akhir-akhir ini turut menipiskan kepercayaan aku dan suami padanya. Aku tidak mampu bertahan lagi.
Suamiku juga begitu. Ketiadaan Nur Amana (out-station ke Singapura lagi) memberi peluang kepada kami untuk
memecah biliknya. Kamar sederhana besar itu tersusun kemas. Sekuntum mawar yang
entah siapa pemberinya telah kering di atas meja. Dari kad kecil yang terlekat cuma
tertulis tahniah dan tersusun buku-buku tebal di atas rak. Aku menghampirinya. Dan jantungku berdegup kencang bila hampir semua buku-buku tebal itu adalah berkenaan agama Kristian, termasuklah sebuah Bible dan terjemahannya.Aku menggeletar.Terasa lemah seluruh anggotaku. Suamiku segera menghubungi mahkamah meminta kepastian. Dan jawapan yang diberikan begitu menyakitkan. Air mataku turun tanpa henti. Apa salah didikanku, lalu dia jadi begitu? Subhanallah!
Nur Amana pulang. Terkejut bukan main Nur Amana bila mendapati pintu biliknya telah dipecahkan. Suamiku menghujaninya dengan pertanyaan demi pertanyaan. Nur Amana membisu membiarkan
kemelut terus berpanjangan. Namun akhirnya, penjelasan dilafazkan jua. “Saya mencintai Adam….. pemuda Kristian, saya benar-benar cinta padanyadan terperangkap dalam agama itu…,” dan sepantas kilat sebuah tamparan hinggap ke
pipinya. Kemarahan suamiku sampai ke puncak.Kesabaran terus
terhapus. Nur Amana menangis. Aku terkaku.Sesungguhny a hakikat ini
terlalu pahit.Paginya Nur Amana hilang dari rumah. Kamarnyakosong. Nur Amana membawa bersama segala pakaian dan buku-buku. Nur Amana bagai mengatakan bahawa “Cuma setakat ini saja hubungan kita”. Nur Amana
seolah-olah memutuskan bahawa aku bukan ibunya lagi, suamiku bukan bapanya lagi. Air mataku
mengalir dan terus mengalir. Hiba hati seorang ibu. Suamiku bertindak pantas melaporkan kepada polis. Nur Amana lari
dari rumah! Pun polis tidak menemuinya. Suamiku membuat permohonan membantah pertukaran agama
yang dibuat oleh Nur Amana. Tiada pilihan lain, akhbar terpaksa digunakan meminta Nur Amana hadir ke mahkamah. Lalu, cerita Nur Amana menjadi hangat. Saban hari kisahnya terpampang di akhbar dan kaca televisyen. Latar belakangnya dicungkil. Kemudian peribadi Nur Amana dikritik. Pendidikan ibu bapa dan sekolah dijadikan alasan. Dan
akhirnya, ramai yang menyimpulkan, Nur Amana gadis terpuji tersungkur ke perangkap Kristian kerana cinta!
Alangkah dangkalnya iman Nur Amana. Alangkah!!! Pada hari perbicaraan, Nur Amana hadir bersama
seorang lelaki muda berdarah India. Nur Amana tidak bertudung litup lagi.Rambutnya dibiarkan mengurai ke bahu. Rambut yang sebelum ini tidak pernah dilihat oleh mata lelaki ajnabi. Dan, terasa gugur jantungku bila terlihat
sebentuk salib dibuat dari emas tulin bercahaya ditimpa cahaya lampu megah tersemat di dadanya. Nur Amana tunduk. Langsung tidak memandang kepada sesiapa. Wajahnya tenang. Perbicaraan dijalankan. Detik demi detik berlalu. Keputusan diumumkan. Suamiku gagal! Undang-undang negara memberi kebebasan beragama kepada rakyatnya. Dan kami
tidak berhak menghalang kerana Nur Amana telah berumur lebih daripada 18
tahun. Lelaki muda di sebelah Nur Amana ku lihat tersenyum lega. Hatiku hancur. Di mataku terbayang hukum Allah. Orang murtad akan dikenakan hudud! Dipancung setelah enggan setelah disuruh bertaubat. Nur Amana bukan
tidak tahu itu. Bukan Nur Amana tidak tahu. Tapi, mengapa dia terus berdegil, tidak insaf dengan dosa itu?. Aku rebah
dalam pelukan suamiku. Tubuhku merasa tidak bermaya. Dia tunduk. Wajahnya merah padam menahan
kemarahan. Jemariku digenggam erat. Air matanya mengalir perlahan membasahi pipi. Menitis jatuh ke pipiku. Itulah kali pertama
kulihat air matanya gugur. Aku tahu hatinya. Dan cuma aku yang tahu hatinya.”Demi Allah! Aku bersumpah
negara ini tidak akan aman kerana memegang undang-undang
kafir!”. Tiba-tiba suaranya lantang menjerit, meggegarkan suasana mahkamah yang
telah sediakala hingar apabila mendengar keputusan mahkamah tadi. Mahkamah
sunyi seketika. Semua mata tertumpu padanya. Tiba-tiba jeritan itu disambut dengan laungan “Allahu Akbar” dari orang yang tidak puas hati dengan keputusan mahkamah. Aku cuba meredakan kemarahannya. Namun airmatanya semakin lebat.
“Mahkamah ini tidak adil! Sekular! Undang-undang penjajah!’. Keadaan semakin gawat apabila polis menangkap
suamiku. Suamiku meronta- ronta, tapi pegangan kejap beberapa orang
anggota polis melemahkan kudratnya. Dan akhirnya dia mengalah, membiarkan tangannya
digari.Ketika melintasi Nur Amana yang terus tenang berdiri di sebelah lelaki muda yang tidak kukenali itu, suamiku menoleh. “Kalau jalanini yang kau pilih, teruskanlah. …. tapi ingat, kehidupanmu pasti tidak akan
selamat!,” Nur Amana tidak menjawab. Tunduk. Kaku bagai patung. Pun kulihat sekilas senyuman di bibir lelaki muda di sebelahnya. Hatiku tercalar. Keranamu Nur Amana, seorang ayah akan hilang seluruh kebahagiaan hidupnya. Dan hari ini,
suamiku merengkuk dalam penjara.Dituduh menderhaka kepada mahkamah! Dan ditakuti akan mencetuskan huru-hara kerana
menerbitkan sentimen perkauman juga keagamaan.
Aku terjaga ketika jam dinding di ruang tamu berdenting tiga kali. Aku belum solat Isyak.Astagfirullah . Dari tadi aku
tertidur dan menyambung mimpi ngeri semalam. Aku segera membaharui wuduk.Solat Isyak kudirikan. Kemudian kususuli dengan solat Taubat dan Hajat. Air mataku gugur lagi pada dinihari yang sepi. Doaku tidak putus. Hatiku retak.
Namun jauh di sudut hati. Aku terus berharap…. ., pulanglah anakku,Nur Amana!Aduhai, kisah Natrah berulang kembali….. Agama dipermainkan oleh undang-undang sekular. Lihatlah betapa rapuhnya undang- undang sehingga tidak dapat mempertahankan agama ISLAM yang dikatakan agama RASMI. Sampai bila perkara ini akan berakhir…. . Betapa hibanya hati seorang ibu bila anaknya murtad dan kita tahu hukumnya dan kita tahu
masih banyak lagi kes yang sama seperti Nur Amana. Apakah tindakan kita yang mengaku dirinya ISLAM? Apakah tidak tercabar oleh permainan pihak kuffar ini???? Permainan ini semakin bermaharajalela ditanah air
kita…..Sedarlah!!!
Kita akan tertindas selagi HUKUM ALLAH TIDAK DITEGAKKAN DIBUMI…….MALAYSIA khasnya….

6 comments:

NeenaAnuar said...

hi dear.. thanks for visiting and following my blog.. salam perkenalan yea! ;)

aYu Luv Mak said...

hais alam pekenalan.... : )

aYu Luv Mak said...

salam pekenalan

Kyra said...

NEENA: hai salam perkenalan neena yang gojes

Kyra said...

rias lara: hai salam perkenalan dear...nice to meet u

-anidaothman- said...

wow........tekedu seketika