5/4/11

ayah oh ayah..setiap anak wajib baca

email ni member aku yang bagi sooo..aku share la kat belog ni untuk renungan korang semua

Buat renungaN

Seminggu lepas, sewaktu saya on call 24 jam, saya dapat panggilan dari
anggota balai, bagi tahu, ada satu mayat di temui di dalam sebuah rumah.
Jiran mendakwa terhidu bau busuk. Saya bersama 6 anggota bantuan teknik
dan Forensik ketempat kejadian, juga terdapat 5 anggota balai yg sedia
menanti saya. Saya membuat pemeriksaan di sekeliling rumah bagi mengesan
sebarang kesan kesan jenayah. TIADA. saya intai melalui tingkap, memang
baunya busuk menusuk hidung. Bau mayat !..saya nampak sesusuk tubuh yg
terbaring di atas sofa...dengan hanya berkain pelikat sahaja..jelas
mayat satu lelaki, berulat, dengan mata dan gigi telah terkeluar...

saya terpaksa memecah masuk kedalam rumah....dan buat pemeriksaan. Ada
dompet yg mengandungi RM33. jam tangan, dan IC serta beberapa no tel.
rumah usang, tanpa talipon, tiada peti sejuk...ada sedikit beras dan
minyak masak.

Nyata mayat tersebut, seorang lelaki 75 tahun....saya menghubungi satu
no tel.di jawab oleh seorg perempuan muda...20 tahun...dan itu
cucunya...mayat di bawa ke Hospital Ipoh untuk b edah siasat esoknya.

di mana anak anaknya?

baru seminggu anaknya datang membawa emaknya ke Johor kerana bercuti,
menyambut merdeka dan membawa emak berjalan jalan...mungkin ayah tak
mahu mengikut...berdasarkan siasatan Forensik, ayah tua tu meninggal
pada hari anak anaknya membawa ibunya ke Johor. Sewaktu di temui memang
mayat telah seminggu, berdasarkan keadaan mayat dan size ulat yang
menghurungi mayat.

saya menegur anaknya di bilik mayat...tentang kesilapan mereka
meninggalkan ayah mereka dalam keadaan sebegitu daif...tanpa
menghubungi, tiada link dgn jiran jiran...seorang pun anak anaknya 5
lelaki , 4 perempuan tak sanggup mengecam mayat ayah mereka...apatah
lagi mengangkat jenazah ayahnya. Cuma adik perempuan dan suaminya sahaja
yg sanggup masuk kedalam bilik mayat dan mengecam...sejurus sebelum
pengsan.

kenapa sampai jadi begini ? apa yg tak kena?

saya akan mengirimkan gambar gambar kejadian ini sekiranya kawan kawan
mahu lihat, bagaimana kesedihan ini diabadikan.




cukup la setakat sekepin ni sudah
sat hampa tengok tak dak selera makan plak...
bukan  maksud aku nak kata kat mayat ni..sebab terlalu sadis



6 comments:

estee_8980 said...

kesiannya... ni mesti bau dia kuatkan coz dh seminggu n berulat...

Kyra said...

estee: tu la mesti bau mengaum punyer,dh seminggu meninggal,ada byk pix tp takot x lalu mkn plak bla tgk..dh x nampk rupa org dah..

zati embong said...

ya Allah.speechless rasa tgk.huhu

halila Ibrahim said...

takut pun ada jugak.. tp rasa teringin nak tengok..

Kyra said...

zati embong:tu la,ada gmbq byk lg tp,nk publsh lebey2 org geli nk masok bloq mama qis plak

Kyra said...

halila:brani ek..mayt dia mmg dh truk dh rept dh