Assalamulaikum all readers,salam Khamis.Harini ana nk berkongsi pada semua mengenai Adab Makan.Bunyi mcm sgt simple kn? Tp pd hakekatnya ramai yg buat kesalahan,ana hitelitekn benda ni kpd kita kaum muslimin semua.Memang betul kita makan menggunakan tangan kanan,tp bila time minum berapa kah jumlah manusia yg minum menggunakan tgn kanan.Kebanyakan akan mnggunakan tangan kiri,atas dasar apa??? Atas sbb tgn kanan kotor.Islam cukup indah saudaraku,tiada agama lain yg seindah dan selengkap agama Islam.Kita di ajar dr sekecil2 adab smpla sebesar2nya,complete! Jadi saudaraku,marilah kita ubah cara penggunnaan tangan ketika MINUM terutamanya. Bagi yg kidal,tiada alasan untuk berkata "sy kidal la,dah terbiasa" melainkn memang betul ada keuzuran,misalnya memang dilahirkan tanpa tangan kanan atau kudung.Itu lain ceritanya,tp ana tekankan kepada yg mampu utk mengubahnya.Kenapa kita di ajar menggunakan tgn kanan sama ada utk makan @ minum?? Kerana kita tak nak menyerupai Syaitan.
Syaitan memiliki tangan dan jari.Mari kita lihat sabda Rasulullah shallallahu alaihi wassalam
"Apabila seseorang kalian makan,maka makanlah dengan TANGAN KANANNYA dan apabila kalian minum,maka minumlah dengan TANGAN KANANNYA.Ini kerana sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya. [Shahih Muslim,hadis no 2020 Kitab Al-Asyrabah,Bab Adab Makan Minum]
Syaitan memiliki jari berdasarkan keterangan Rasulullah shallallahu alaihi wassalam
"Setiap anak adam (manusia) ketika lahir ditusuk di tepi kedua badannya oleh syaitan dengan jarinya kecuali Isa ibni Maryam,syaitan hendak menusuknya tetapi hanya berjaya menusuk uri (ibunya)" [Shahih al-Bukhari,hadis no 3286,Kitab Bad'i al-Khalq,Bab Sifat iblis dan tenteranya]
Oleh kerana itu,kita umat islam sgt2 ditekankn untuk makan dan minum dengan tangan kanannya.Penekanan ini turut merangkumi apa jua perkakas yg digunakan seperti sudu,garfu chopstick dan lain2.
Pernah dahulu seseorang duduk Rasulullah shallallahu alaihi wassalam makan dgn tangan kirinya,
Rasulullah menegur "Makanlah dgn tangan kanan kamu"
Org itu menjawab " Aku tidak mampu"
Rasulullah menjawab "Kamu tidak mampu?? (padahal dia enggan tidak lain kerana kesombongan [perawi hadis salam bin al-akwa radhiaallahu anh]) kemudian menerangkan bahawa setelah itu,lelaki tersbut tidak dapat mengangkat tangan kanannya ke mulutnya. (Shahih Muslim,hadis no 2021 Kitab Al-Asyrabah,Bab Adab Makan Minum)
Tangan kanannya menjadi lumpuh sejak dia membantah teguran Rasulullah.
Syaitan makan apa2 yang dbiarkan oleh kita,sama ada yang masih tersisa d pinggan @ apa yang terjatuh darinya.Oleh sebab itu, Rasulullah shallallahu alaihi wassalam menyuruh kita mghabiskan semua makanan dan mengutip apa yang terjatuh darinya.
Tindakan ini bukan sahaja mengelak untuk kita memperoleh keberkatan yang sepenuhnya dr makanan tersebut.Anas bin Malik radhiallahu anh berkata
"Apabila Rasulullah shallallahu alaihi wassalam makan,baginda menjilat jari2nya 3 kali."
Anas berkata,Rasulullah shallallahu alaihi wassalam bersabda
"Jika sesuatu makanan seseorang kalian jatuh,hendaklah dia mengambilnya dan membersihkan apa2 kotoran yang melekat padanya lalu memakannya.Janganlah meninggalkannya untuk syaitan"
"Rasulullah juga menyuruh kami untuk menghabiskn apa2 sisa makanan" Baginda berpesan " Ini kerana kalian tidak tahu d bahagian manakah pada makanan kalian terdapat keberkatan" {Shahih Muslim,hadis no 2034,Kitab Al-Asyrabah,Bab disukai menjilat jari..}
Untuk mengelakkn apa2 makanan dr tersisa,hendaklah kita sejak dr awal menyukat jumlah makanan yang kita letakkn dlm pinggan.Ambil sekadar yang perlu tanpa berlebih-lebihan.
Syaitan akan menghasut kita untuk mengambil secara berlebihan kerana berlebihan adalah salah 1 bentuk pembaziran dan hubungan antara org yang membazir dengan syaitan adalah
"Sesungguhnya orang-orang yg membazir itu adalah saudara-saudara syaitan"
[al-Isra' 17:27]
Selain itu syaitan minum sambil berdiri.Pada suatu ketika Rasulullah shallallahu alaihi wassalam melihat seorang yang minum sambil berdiri.
Baginda menegur "jangan begitu!" orang itu bertanya "mengapa?" Rasulullah menjawab "Adakah kamu suka minum bersama kucing?" orang itu menjawab"tidak"
Rasulullah meneruskan :
"Sesungguhnya telah ikut serta minum bersama kam sesuatu yang lebih buruk darinya,iaitu syaitan"[Sanad shahih al darimi dan sanadnya dinilai oleh husain asad dlm semakannya ke atas Musnad al darimi,hadis no 2174,Kitab Al-Asyrabah,Bab org tf dbenci minum berdiri]
aOleh itu hendaklah kita sedaya upaya mengelakkan minum sambil berdiri.Jika suasana tidak mengizinkan,bole minum sambil berdiri. Ini kerana dalam suasana terpencil lagi terdesak,Rasulullah shallallahu alaihi wassalam pernah minum sambil berdiri.
Abd Allah ibnu Abbas radhiallahu anh berkata
"Aku menghidang Rasulullah shallallahu alaihi wassalam air zam-zam dan bagindanya meminumnya sambil berdiri"
[Shahih Muslim,hadis no 2027,Kitab al-Asyrabah,Bab minm air zam2 sambil berdiri..]
3 comments:
ADUHAI nak sy yg kcik tu suke bnor gune tgn kiri..dh bpe kali ckp suh gune tgn knn..ms ditegur je gune jp tgn peh tu kmbali lik ke tgn kiri..ishh..cmnor tu
perkongsian yg bagus.. suka.
faztee:haha bebudak memang cenggtu,try bg nsht kat anak ckp tngn kiri x buleh gna utk makn,tgn kiri bsuh uuh je,nnt takot makanan kotor ke ape ,hehe,anak kyra bg nsht cm2kan,nant dia dh tak buat Alhamdulillah..
Post a Comment