5/24/11

budak lemas dalam kereta


Budak lemas dalam kereta
Oleh Betty Subaryati

2011/05/24

ISHAK menunjukkan tempat anaknya, Nur Izyan Natasya @Aisyah (gambar kecil) lemas di dalam kereta di Tumpat, semalam.
Bapa sangka anak sudah keluar

MACHANG: Seorang budak perempuan tiga tahun ditemui lemas dalam kereta yang tertutup rapat dan berkunci ketika ayahnya menghadiri pengebumian sepupunya di Kampung Morak, Tumpat.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi kelmarin, Nur Izyan Natasya @Aisyah Ishak mengikuti bapanya, Ketua Pengawal Keselamatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Kota di Kota Bharu, Ishak Salleh, 50, yang diamanahkan untuk mengusung jenazah.

Ishak berkata, dalam keadaan tergesa-gesa untuk mengusung jenazah, beliau tidak sedar tertinggal anaknya dalam kereta kerana menyangka Nur Izyan Natasya sudah keluar mengikuti saudaranya.
“Saya sangka, dia sudah naik ke rumah sepupu yang berdekatan dengan kereta.

“Ketika di tanah perkuburan, tergerak di hati ingin tahu di mana anak saya berada. Saya menyerahkan kunci kepada seorang penduduk untuk melihat apa yang berlaku dalam kereta,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Ulu Sat, dekat sini, semalam.

Ibu mangsa, Radziah Ismail, 42, tidak menduga kesungguhan anak bongsu enam beradik itu mengikut bapanya ke tanah perkuburan adalah kali terakhir untuknya melihat Nur Izyan Natasya.

“Sikapnya yang terlalu riang itu mungkin petanda mahu meninggalkan kami sekeluarga.

Saya difahamkan, Nur Izyan Natasya menangis dalam kereta kira-kira 45 minit sebelum disedari penduduk. Mereka kemudian memaklumkan adik ipar saya, Che Mas Mohd Salleh, 55, yang ketika itu berada di rumah keluarga sepupu yang meninggal dunia,” katanya sebak selepas doktor mengesahkan anaknya meninggal jam 12.15 tengah hari.

Sementara itu, Che Mas berkata, beliau bergegas mendapatkan Nur Izyan Natasya yang berada di tempat duduk kereta berkenaan dan cuba memecahkan cermin kereta itu.

“Namun, ada penduduk kampung sempat mengambil anak kunci daripada Ishak.

“Saya membawanya ke Klinik Wakaf Bharu sebelum ke Hospital Kelaboran, Tumpat, tetapi doktor mengesahkan dia meninggal dunia akibat lemas,” katanya.


sedih berita ini...sepatutnya kejadian seperti ini tidak berlaku kalau si bapa ini tidak cuai ...da bawa budak kecik, kena bagi keutamaan la..apapon, benda dah jadi..kena redha...jadikan panduan untuk semua yang ada anak kecik..

Al fatihah..

__._,_.___

3 comments:

halila Ibrahim said...

ajal maut di tangan Allah ka.. macam tak percaya bleh terlupa pulak kan.. memang la cuai tapi ibarat kata orang kalau dah nak terjadi sesuatu tu kita tak bleh nak halang..

Kyra said...

tu la,Ajal maut dtangan tuhan,sja nak cri penyebab kematian,utk kta yg kaum ibu ni,jga2 la,tak yah cuai cm2,tak dapat bygkn anak tu mcm mana tme dlm keta,dgn panas,tanpa oksigen..yaAllah

Cik Asma BLuppy said...

takziah kpd keluarga mangsa.
semoga dicucuri rahmat.